Rekod paling rendah Apa itu Hypoglycemia? Hypoglycemia terjadi apabila gula dalam darah rendah daripada paras normal. Punca Hypoglycemia? akibat pengambilan insulin berlebihan atau tidak makan, makan lambat atau makan sedikit selepas mengambil ubat. Simptom Hypoglycemia? berpeluh, rasa lapar, letih, mengiggil, rasa mengantuk, gelisah dan tidak tenteram, denyuntan jantung yang cepat, gementar, penglihatan kabur & koma. Last year aku kena hypo yang paling rendah dalam rekod aku iaitu 2.1. Masa tuh aku kena malam nak tidur. Alhamdulilah aku tak tidur masa tuh. Tengah layan drama korea. Tetiba aku tengok wording kat ipad aku semua bergegar, mata dah kabur, badan dah mengiggil. Cuba bayangkan kalau aku dah tidur? Mesti blog nih dah berkubur. Alhamdulilah Allah masih panjangkan umur aku. So terus aku cek darah aku guna glucose meter aku. Bila cek memang sangat rendah 2.1 Bila-bila masa jer aku boleh jatuh pengsan. So cepat-cepatlah aku turun bawah bancuh air gula. Mak ...