Posts

Showing posts with the label geram

Bengangggg!

Lama tak menaip apa-apa kat sini.  Sekarang ni memang mood menulis takmo datang. Bila da datang mood nak menaip cerita, tetiba terlayan youtube plak. Tapi hari ni memang tengah ada mood. Mood bengang sebenarnya. Berbuku jer hati aku ni. Memang takde mood nak senyum2 hari ni n semalam. Cer korang bayangkan last year bila public holiday 2016 dah keluar terus tengok cuti raya kena tengah-tengah minggu. Fuhh cantik! So tiap-tiap bulan drpd tahun lepas ko dok remind bebudak opis yg tahun ni giliran ko cuti panjang pulak. Dan ko tiap-tiap hari dok cerita ngan family ko yang tahun ni cuti raya seminggu. Client datang opis tanya, "You raya cuti berapa hari? dan ko dengan konfidennya jawab, "1 minggu" walaupun ko belum apply cuti kat bos. Bila apply cuti tetiba bos bising sebab ada orang lain yang apply cuti sama cam ko jugak. Sebijik sama. Padahal ko dah awal-awal bagitau  semua orang sejak tahun lepas termasuk bos yang tahun ni giliran ko pu...

Ko rasa????

Image
Screenshot Facebook aku Isnin lepas Berapa kali janji nak pegi restoran 40 days lamb. Tak jadi. Tapi ada pesan kalau pergi kirim lah sekali barang sebungkus dua.  Ok. Isnin. Tengahari  banyak kerja tak sempat makan kudapan pagi. Badan dah mengigil. Nak cek darah, tetiba bunyi whatapps. Bukak dulu whatapps. Fuhh gambar 4 pinggan 40 days lamb rice ni.  Terus makin menggigil sebab dah lapar sgt. Continue cek gula. Low sgt 3.3. Confirm aku hipo. Cecepat makan gula-gula bagi stabil. Continue kerja sambil tunggu lunch box aku dipanaskan. Tetiba terigt gambar whatapps tadi. Taip pesanan, bungkuskan lah barang sebungkus 2. Jawpan yang diterima dah on the way balik. Joke maybe. Tah-tah balik rumah nanti ada atas meja. Petang. Dah kelaparan, balik lambat jalan pulak jem. Terpaksa lalu belakang. Nasib takde lori lemau, boleh lari laju sikit. Sampai rumah, perut dah berbunyi. Tak fikir apa terus g dapur. Tapi apa yang ada? ...

Kempunan Kenny Rogers

Fuhh hari ni memang betul-betul menguji kesabaran aku. Tadi pagi aku pegi AEON Bukit Indah. Sajer jer temankan akak aku cari hadiah hari guru kat Daiso untuk kengkawan dia n cikgu-cikgi mat ayip. Ramai orang betul AEON Bukit Indah tuh. Public holiday lah katakan. Plak tuh public holiday sama ngan Singapore so memang sesak ler. Lepas jer kat situ akak aku ajak makan kat Kenny Rogers. Aku pun ok jer sebab dah lama tak makan. Mula-mula tuh dah bagi menu nak amik order pun dah amik masa 10 minit. Lepas amik order nak dekat 30 minit tak dpt2 lagi. At least kalau lmbt main coursenya bagi lah air dulu ke. Tapi haram air pun tak sampai lagi. Tekak dah haus dah nih. Siap rasa macam nak kansel order jer n pergi makan kat Secret Recipes berdepan ngan Kenny Rogers tuh sebab tengok orang kat Secret Recipes baru sampai dah dpt makanan dia. Lepas 30 minit dtglah 1 set 1/4 chicken n 1 set chicken hotdog utk akak n anak saudara aku. Aku pun tunggu lah set aku. Aku order 1/4 chicken set tuh jug...

Gerammmm

Image
Grrrrrr Panas jer hati aku petang tadi. Tadi masa balik turun bawah aku tengok kereta aku kena blok. aku siap lukis! Masa aku parking tadi elok jer sekali tetiba bila aku nak balik tengok ada plak motor n van bangang abadi nih parking blok aku depan belakang. Yang aku geram tuh pemiliknya ada jer dok perhati aku kat kedai motor tuh. Rasa macam nak sumpah seranah jer sebab buat bodo tak nak alih. Kalau aku nih cantik jelita mesti diorg dah pakat2 alihkan motor n van tuh. Tapi aku disebabkan macam anak badak terus gelak2 perhati camner aku nak keluar. Macam &(*^%^$%  betul. Tapi sorry lah brother gua bukan baru setahun jagung bawak kereta. Berkat akal dan fikiran yang Allah bagi kat aku.  Akhirnya berjaya aku keluarkan kereta aku! Aku bukan sajer2 ckp kalau cantik jelita tuh. Bukan sekali aku kena, dah banyak kali. Tapi yang buat aku paling panas hati kejadian kat pos office beberapa tahun yang lalu. Memang nampak sangat diskriminasi dia t...

Peneman dikala suka dan duka...

Image
Nak tau apa bendanya. Hehehe tadaaaaa... Maggi! Maggi tak kisah lah apa-apa jenama or yang goreng or yg berkuah boleh jadi penawar ketika suka dan duka. Huhuhu I love maggi so much sebab tuh jadi bulat macam nih. Tapi sekarang nih tak boleh makan maggi macam dulu huk huk huk huk Maggi! Aku merinduimu!!!!!

B U L I

Korang tengok tak video budak sekolah belasah kawan kelas dia? Kesian kan. Budak yang kena belasah tuh pun mcm skema jer. Baju masuk dalam, pakai tali leher. Tak macam budak s**l yang belasah orang tuh. Sorry bahasa kasar. Tapi aku memang tak boleh tahan. Geram sangat tengok video tuh. Kalau jadi kat ahli keluarga aku, mau aku belasah sampai mati budak tuh. Tapi nanti aku 2 x 5 juga mcm budak yang belasah orang tuh. Harap-harap parents kepada budak yang kena belasah tuh report polis. Jangan peduli rayuan sekolah or permintaan maaf mak bapak budak s**l tuh Senang-senang jer nak belasah anak orang. Ingat budak yang ko belasah tuh keluar dari pokok buloh ke? Biar bagi pengajaran kat budak-budak nih. Nak sangat rasa duduk Henry Gurney sebab nak jumpa Lan Todak kan? Rasakan. Nak salahkan siapa? Mak Bapak? Cikgu? Masyarakat? Bila baca komen FB PDRM cikgu jugak disalahkan. Katanya tak pandai mendidik anak murid. Habis tuh apa tugas Mak Bapak? tukang buat anak...

Malas! Malas! n Malas

Tahun 2013 dimulakan dengan perkataan malas? patut ke? camna lah nak capai azam tahun nih. Lepas sakit last week terus macam satu perangai malas datang. Yelah time sakit-sakit pergi kerja. Tgh demam n sakit2 sendi plus hidung sakit, bersin tak berhenti, sakit tekak nak batuk ko kena kerja? Duduk kat opis yang sejuk itu dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Balik rumah dah penat n pukul 10 malam dah belayar.  Kalau orang lain mesti dah amik mc. Tapi aku gagah jugak pegi kerja ngan sakit-sakit sendi mengenangkan ada submission yang patut dibuat. Mak aku cakap aku sayang sangat boss aku. Sebab tuh tak cuti. Sayang lah sangat! Nak MC pun payah. Lagi satu dah mmg perangai aku mmg tak suka amik mc. Sebabnya dah lah tak boleh claim kalau sakit mmg kena tanggung sendiri. Lepas tuh aku rasa macam membazir je pegi klinik dengar doktor-doktor membebel. N lagi satu aku mmg jenis orang yang payah nak makan ubat. Cuma kalau aku dah ada tanda-tanda selsema aku mmg cepat2 amik ubat selsema. Dala...

2012 Highlights - Part 2

Image
Sambungan dari 2012 Highlights - Part 1 July Dugaan paling besar di awal Ramadhan. Mak aku masuk hospital. Ada masalah dengan buah pinggang. Seminggu jugak di wad HDU n kena operate. Alhamdulilah skrg dia dah sihat. tapi sebelum tuh abg aku n anak2 dia balik Malaysia cuti summer Ogos Puasa & Hari Raya. Mak aku masih dalam proses pemulihan. Hari Raya yang meriah. Semua balik kecuali yang kat Shanghai. Ohhh bulan nih jugak redeem annual kad Legoland budak comey 2 org nih September Buat kerja gila pegi audition game show Money Drop kat JB. Macam tak caya je lepas stage Ujian bertulis n  stage Ujibakat. Lagi tak caya bila dpt call untuk rakaman. Haha episode berapa tuh tak boleh ckp. Tapi setakat post yg aku tulis nih, episode aku belum keluar lagi hihihi audtion kat JB first day. Org tak ramai n terkawal Oktober First trip ke Sabah. Nice trip. Best sangat-sangat walaupun pada mulanya aku tak berapa sgt excited. Lagi pada hari yang sama aku fly ke...

Cuti, Cuti dimana kau Cuti!

Image
Jelous nya bila tengok blog or facebook orang lain. Semuanya post gambar cuti. Uwaaaa aku nak cuti pun susah. Bila akhir tahun nih orang lain dok berlumba-lumba nak habiskan cuti. Tapi aku? nak cuti pun susah gila. Lagi lah harini aku dijadualkan balik lewat. Nasib baik semalam Johor public holiday. Boleh lah bemalas-malasan sehari. Patutnya harini aku cuti sambung cuti semalam tapi tetiba ada plak kerja penting. So terpaksa 'korban' kan cuti itu. Bosan actually kerja kat tempat aku nih. Kalau ada duit banyak pun tak guna sebab tak boleh pergi mana2. Nak cuti 1 hari pun bercinta nak mintak ini kan pula nak cuti seminggu?? Nasib baik cuti aku tahun nih cuma tinggal 3 hari setengah jer. Takde lah rasa rugi sgt kan. Last year pun cuti habis.  Phobia juga bila nak mintak cuti nih. Sebab pernah kena jerit gila babeng ngan boss sbb aku mintak cuti 3 hari. Dia igt aku berkira nak habiskan cuti. Padahal aku nak pegi konvo akak aku n dalam masa yang sama pegi bercuti ngan family di...

Zoo Johor

Image
Nak sgt g Zoo tapi penakut Last week lepas appointment aku ngan Klinik Pakar HSA, aku melencong g Zoo Johor ngan akak n anak2 saudara aku. Actually si Mat Ayip nih yg nak sgt g Zoo. Masa awal bulan Nov. harituh aku ada lalu sini lepas hantar mak aku appointment kat Klinik Pakar HSA nih (hah ko, anak beranak dpt appointment kat situ). HSA kan kalau dah lmbt mmg payah nak cari parking, so aku terlalu ler situ. Sibuk lah budak kecik nih dok ngajak aku g sana. takkan aku nak tinggalkan mak aku kan kat Klinik Pakar tuh. So aku pujuk lah dia ckp nanti mama dia bawak gi sini. So memandangkan aku dah amik cuti lepas jmp doktor aku teruslah ke sini janji siap2 ngan akak aku. Time cuti sekolah ramai jugak org dtg Zoo Johor nih ek. Tapi aku tak tahan panas. dah lah belum makan ubat blood pressure aku. terus pening kepala. sudahnya aku cuma tgk sikit je n lebihnya aku lepak kat gambar atas tuh hehehe. buaya darat wakakak kawan baik Ayip, si Badak! kura-kura nih cam lapar jer....

Bila kulit lupakan kacang...

Image
Aku masih sayang ko lagi En. Nokia. tapi kenapa sejak akhir-akhir ni En. Nokia buat saya geram ngan En. Nokia? Puas dah saya belai2 kamu En. Nokia. Tapi kamu tetap slow n lembab. sampai saya terpaksa baling2 kamu En. Nokia. Tapi nasib baik En. Nokia nih mmg gagah kalau dibaling ke dinding atau jatuh atas jalan masih berfungsi dgn baik. tapi sejak akhir2 nih En. Nokia sgt slow. kenapa asyik kejung je? antar msg pun mcm tak hantar tapi padahal dah antar. nak transfer gambar pun sgtlah susah. En. Nokia tahu kan saya byk gunakan En. Nokia bagi mengantikan kamera saya itu. takpelah En. Nokia mesti En. Nokia dah bosan dpt tuan macam saya. saya berharap agar En. Nokia dpt bertahan ye sampai boyfren baru saya En. Apple dtg. wakakkaka oiii bila lah iPhone 5 nak kuar kat Malaysia ni!!! jenuh aku tunggu!

Gumbira or Kechiwa??

Image
amacam? Igt tak aku ada post pasal aku n akak pegi  audition money drop  nih masa kat JB? skrg nih season season 2 baru jer start 2 minggu yg lepas kat Astro 104 or 134 Mustika HD.  mula2 tuh takde lah harap sgt lepas audition kat JB tuh mcm aku cerita dalam post yg lepas. aku mmg nak settle cepat sbb da lapar nak breakfast n pegi PC Fair. tapi lepas plak pegi 2nd round punya ujibakat. lepas audition tuh diorg ada lah kasi satu tarikh if kalau diorg tak contact lepas tarikh tuh mmg tak dpt lah. mmg tak harap sgt sbb ramai lagi org yg lepas ke stage 2 audition walaupun lepas kitaorg audition stage 2 tuh diorg ada mcm kasi bunga2/harapan kat kitaorg. so bila tiba harinya yg diorg ckp nak contact tuh aku rasa mcm berdebar2 n seram sejuk jer kat umah n asik tgk hp. wakakkaakak kata tak harap tapi berdebar2 gak. bila da ptg tuh mmg aku rasa maybe takde rezeki kot. sekali masa aku goreng ikan bilis n bawang nak wat lauk tetiba dpt phone call. tgk no akak aku yg naik. mas...

Boleh tak aku ckp yg aku mcm menyesal?

Seriously lepas baca satu group kat FB nih aku rasa menyesal sgt2. Menyesal sgt2 kenapa aku tak belajar betul2 masa PMR. Sbb bila aku belajar betul2 masa PMR mesti aku dapat 8A kan bila dapat 8A mesti aku dapat masuk aliran sains. pastu buat betul2 masa SPM so aku dapat further study aku ke bidang yg aku cita-cita kan masa kecik2. takpun apa2 bidang bukan bidang yg aku grad skrg.  bila aku baca group tuh tah tetiba perasaan menyesal tuh menerjah dalam fikiran aku skrg. apa yg aku dapat skrg? syukurlah sbb aku ada kerja. boleh tampung hutang2 aku. tapi kerja aku skrg nih kalau aku tak further study pun takpe. lepas spm je terus kerja. takdelah aku menanggung hutang ptptn nih. mesti org kata aku tak bersyukur. tapi aku bersyukur sbnrnya. bersyukur sgt2 sbb walaupun kerja aku tak se'gah' mcm org lain alhamdulilah sbb ada org yg lagi tak nasib baik dari aku. lagi satu aku bersyukur sbb aku dapat seribu satu pengalaman yg tak semua orang dapat. Aku cuma nak luahkan perasaan...

Panggilan Hangit!

Satu situasi di mana satu panggilan dibuat:- orang awam : hello, selamat pagi saya nak buat pertanyaan boleh tak klien saya tandatangan borang tersebut di depan notary public. sbb sekarang dia berada di luar negara. org gomen : tak boleh sbb masih kena saksi orang malaysia orang awam : (confuse) err dia kat luar negara so tak boleh ke dia sign borg tuh depan notary public? sbb sebelum nih utk borang yg lain saya ada tanya kat sini gak n bhg yg uruskan borang tuh ckp ok takde masalah. org gomen : tak boleh bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla orang awam : (confuse n tak paham apa yg org tuh ckp) tapi encik bukan boleh ke sign depan notary public org gomen : boleh lah kalau depan notary public negara2 komanwel orang awam : (aikk boleh plak) klien saya kat India so kiranya dia boleh lah sbb India tuh negara komanwel orang gomen : mana saya tahu India tuh negara komanwel (dalam nada m...

eeeee geram tau!

Image
Best sgt ke agaknya rampas suami org ek? aku nyampah tull lah bila tgk pompuan yg suka2 rampas suami org nih. dah lah perampas pastu buat mcm isteri lelaki tuh plak rampas dari dia. geram betul aku tgk pompuan2 mcm nih. kalau ada depan aku pompuan2 mcm nih nak jer aku sepak. pastu sepak sekali ngan lelaki yg mudah sgt jatuh cinta ngan pompuan lain. padahal dah ada bini n anak2 yg berderet2 kat belakang. mmg lah dalam Islam dibenarkan poligami. tapi kalau zaman skrg nih mmg jenis yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang apa cer? lain lah kalau mcm salih yacoob. dia takpe gaji puluh2 ribu. tapi ada pompuan mmg tak nak poligami. suruh dibuangnya isteri tua. spesis nih mmg takde maaf bagimu lah. aku mmg tak respek pompuan spesis nih. tahap dia lebih hina dari binatang najis mughalazah tuh. bayangkan lah suami org yg ko kejar tuh ada anak bini. dah lah ko tak nak berkongsi. ko paksa plak lelaki tuh buang perempuan yg selama nih ada kat sisi lelaki tuh time susah n senang. lelaki ...

tolonglahhhhhh

boleh tak jgn tambahkan lagi masalah aku??? aku da ada byk masalah kat opis. dgn kerenah bos yg tah apa2 lah n aku nak kena pikir pasal penyakit aku lagi. taun depan aku byk cuti sbb sakit aku. kompem bos aku membebel. kat mana lagi aku nak pegi. kalau semua tempat buat hati aku tak tenang, risau. rasa mcm nak mintak Allah tarik jer nyawa aku. seriously aku mcm da give up.  hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm Ya Allah berikan lah aku kekuatan utk aku hidup dan kuatkan lah iman aku...

Penantian 6 tahun yg agak sia2

Image
ohh pelam malaun mana lah yg curi ko ye Igt tak post aku pasal penantian selama 6 tahun yang tidak sia-sia ? skrg nih dah jadi mcm sia2. punya lah lama kitaorg tunggu pokok tuh nak berbuah. bila berbuah punya lah happy sbb itu lah yg kitaorg tunggu. pelam dalam circle kat atas tuh kiranya mcm yg 1st lah berbuah. besar gila ok. org tgk pun geram. dah lah pelam bengkok. mak aku siap cium2 pelam tuh tiap2 pagi. tak sabar tunggu pelam tuh masak. aku ada post picture pelam tuh kat FB aku n akak aku ada komen yg pelam tuh tak lama lagi ilang. guess what? betul kata akak aku. smlm kan cuti besday sultan johor. so aku pegi Jakel konon2 nak cari kain utk stok baju opis. sebelum pegi tuh mmg ada. aku siap borak2 ckp ngan akak aku. siap ckp lagi kalau ilang tuh sure mak aku menangis.  balik dari jakel jer aku tgk pelam tuh da takde. akak aku igt mak aku da petik. masuk jer umah mak aku terus ckp pelam tuh da ilang kena curi.  geram gila tau tak! kitaorg punya lah tunggu lama nak...

Penantian selama 6 tahun yang tidak sia-sia

Image
pokok oo pokok berbuah jugak akhirnya ko ye? Akhirnya pokok yang penuh kontrovesi ini berbuah juga akhirnya! lama gila nak nunggu pokok nih berbuah. 6 tahun ok! n sepanjang tuh lah brp lama kitaorg pertahankan pokok nih dari ditebang. nih semer gara2 dpt jirang yang tidak menghargai pokok dan kehijauan alam sekitar. agaknya jirang aku nih tak belajar sains kot. tuh pasal dia tak tau menghargai pokok. agaknya dia tak tau yg pokok nih boleh bagi bekalan oksigen yang dia sedut 24 jam sehari tuh dan bukan itu sahaja pokok juga dpt meredupkan suasana. kalau takde pokok sure panas keringg. sah mmg tak belajar sains diorg nih. tapi aku perasan lah some of typical errrr tottttt (bahaya kang tulih nih) mmg tak ske pokok2 nih. dpn umah2 derang mesti kering kontang jer sepasu bunga or pokok pun takde. selalunya yg jenis2 mcm nih yg ruang tamu diorg ada set sofa, kerusi malas n tv jer. tapi kalau yg jenis modern punya n kerja pun bagus2 diorg2 nih mmg menghargai pokok n alam sekitar mcm s...

The Celebration

Image
kelab budak2 umur 3 taun Smlm akak aku, mak aku n aku buat makan2 sikit utk birthday ayip. tapi takde lah buat besar2 mcm 1st birthday dia or last year masa celebrate 2nd birthday dia siap ada bbq semua. letih oo tak larat. lagipun baru jer sambut raya aidiladha last week kan. penat masak masa raya haji arituh pun lom habis lagi. so kali nih celebrate kecik2 jer cuma. buat hari sabtu memandangkan hari sabtu biasanya ada antara akak n abg2 aku dtg ngan family melawat mak aku. actually nak buat hari ni (ahad) but tong sampah kurus plak nak balik shah alam so kesian lah kalau dia takde kan. memandangkan akak aku ada jamuan akhir tahun so tugas memasak jatuh kat aku. tak masa byk pun cuma rosemary roasted chicken, bihun goreng lada hitam n nugget jer. allhamdulilah rosemary roasted chicken tuh my first attempted. menjadi gak. heheh. n bihun goreng lada hitam is marvelous. mak aku yg ckp bukan aku hehhe (sila masuk bakul angkat sendiri yer). apa2 pun allhamdulil...

Stress yang terbengang!

Image
sebelum tuh utk mengelakkan stress yg terbengang nih aku letak benda yg leh mengurangkan stress - fav. pizza - domino flaming tuna! Apa persamaan tajuk post ngan gambar nih? persamaannya dua benda tuh aku dpt pada hari yang sama. pelik kan tajuk aku tuh. ada ke stress yg terbengang nih? anyway thanks kat Kak XXXX. aku pinjam ayat ko kejap yer. actually sejak sebulan dua nih aku dah bosan nak keje kat company nih. mmg tahap bosan sesgt lah. bosan nak dgr bos aku membebel tak tentu pasal. itu tak kena, ini tak kena. ada jer benda yg aku buat tak memuaskan hati dia. ada je salah aku. tuh salah nih salah. lepas tuh kalau nak suruh aku buat something nak cepat je. dia igt aku robot ke? dah lah bos yg besar pun kadang2 tuh nak buat kerja dia dulu. belum lagi ngan client lagi. tak paham2 aku banyak keje. bila ckp byk keje. tak percaya. mcm aku buat keje dia sorg jer. pastu ckp aku byk alasan. ko ke aku yg byk alasan?? aku ada byk benda lain yg patut aku buat tak payah jumpa ko. so b...