Posts

Showing posts with the label sedih

Rindu

Image
Rindu. Siapa tak rindu. Haritu masa ada problem kat office rasa sedih sangat. Selalunya lepas balik rumah mesti aku cerita kat mak. Lepas tuh keesokan harinya bila nak pergi kerja lepas salam dia aku mintak dia doakan semoga hari aku dipermudahkan. Aku dah hilang doa itu. Bila ada problem haritu memang sedih sangat sebab aku baru realize yang dah tiada siapa nak doakan aku. Suami tiada anak pun tiada. Sedihh. Kubur arwah mak Disember 2017 Pergi kubur arwah mak tengok pokok bunga ni dah naik tinggi. Nak kena trim pokok ni. Batu nesan pun dah tak nampak. Tempat yang paling suka aku pergi kubur arwah mak. Rasa macam jumpa dia je kalau pergi sini. Rindu yang paling sakit adalah rindu yang tiada berpenghujung. Sakitnya tuh macam duduk kat celah-celah hati kita tak mau keluar. Aku sekarang kalau dengan lagu-lagu yang irama tahun 80-an or 90-an confirm meleleh air mata. Sebab time tu teringat kenangan masa mak n ayah aku ada lagi n adik beradik aku ada 8 orang. Sekarang tinggal kam...

Raya yang suram 5

Image
Sambungan daripada Raya yang suram 4. Katil mak kat rumah. Isnin, 3/7/2017, berbincang semula dengan doktor pakar. Memandangkan mak aku dah tiada apa-apa respon, tiada apa-apa yang dapat dibuat. Dana yang kitaorg ada sangat terhad kami adik beradik buat keputusan untuk membawa mak pulang atas risiko sendiri. Kenapa kami tak transfer ke mana-mana GH? Ada sebab kenapa tak transfer ke GH. Lagipun kitaorng dah sign AOR jugak masa di GH sebelum nih. Kami ambil keputusan yang paling berat dalam hidup kami. Tiub yang disambungkan dengan mesin ventilator akan ditanggalkan di rumah dan doktor pakar meramalkan jantung mak aku akan terhenti selepas tiub itu dicabut. Sedihnya hati masa tuh hanya Allah jer yang tahu. Kitaorg amik keputusan untuk bawa mak pulang pada 4/7/2017 (Selasa). Masih terbayang aku naik ambulan menyusri  jalan Skudai yang jem untuk membawa mak pulang ke rumah. Di rumah semua dah bersedia dan telah menunggu mak pulang. Sampai di rumah hanya alunan ayat-ayat Al-Q...

Raya yang suram 4

Image
Sambungan daripada Raya yang suram 3 . ICU kat JSH Minggu raya tuh ramai ahli keluarga aku ada dirumah. So aku amik keputusan untuk berkerja pada 4 Syawal/28 Jun 2017 sebab minggu depan semua akan balik ke rumah masing-masing. Alhamdullah aku dapat bos yang memahami. Dia beri aku amik cuti selama mana yang aku mahu untuk menghabiskan masa-masa terakhir dengan mak. 6 Syawal/30 Jun, masa aku kat opis akak aku call minta aku call mana-mana private hospital untuk mak buat dialysis. Tak sanggup kami lihat mak terseksa sebab tak dialisis. Aku call pihak PSH. Mula-mula diorg tak nak terima. Lepas tuh akak aku call pulak diorg dan mereka setuju untuk datang dengan ambulan ambil mak kat rumah. Tapi bila sampai di emergency PSH, diorg tak dapat nak buat apa-apa sebab pakar masih bercuti hari raya. Aku telefon pulak JSH pulak, alhamdulilah ada pakar kat JSH dan dia setuju untuk review kes mak aku. Tapi diorg tidak boleh memberi apa-apa jaminan memandangkan keadaan mak aku yang dah kri...

Raya yang suram 3

Image
Sambungan daripada post Raya yang Suram 2 . Menunggu Hari Ahad, 1 Syawal, di pagi raya ketika orang bergembira menyambut Hari Raya, aku masih di hospital menemani mak aku semenjak malam raya lagi. Hanya juadah roti yang mengalas perutku. Itu pun tak tertelan kerana hati terlalu sebak melihat keadaan mak. Pukul 9 pagi, anak-anak saudara aku datang untuk gantikan tempat aku. Ada yang bawak juadah raya untuk aku. Aku turun bawah nak balik but sebelum tuh plan nak singgah kubur arwah ayah aku. Dekat jer ngan spital tuh. Tapi bila sampai bawah hujan turun selebat-lebatnya. So aku pun duduk kat bawah wad menunggu hujan berhenti sambil makan juadah hari raya yang dibawa anak saudara aku. Masa tunggu hujan berhenti, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Anak saudara aku yang sedang menjaga mak aku kat atas telefon bagitahu condition mak aku. Doktor maklumkan tiada apa yang dapat dibuat. Dialisis tidak boleh dibuat kerana condition mak aku yang tidak mengizinkan. Dibawah wad itu juga aku...

Raya yang suram 2

Image
Sambungan daripada post Raya yang suram . Lama betul nak sambung post ni. Nak dekat setahun kot. Draft memang dah lama buat tapi rasa macam tak rasa nak post. Sedih rasanya nak sambung cerita raya yang suram ni. Masa taip ini bercucuran air mata aku. Tapi aku dah mula so kenalah habiskan. 2nd time masuk PSH 19 Ramadan, mak pergi dylisis tempat biasa. Pukul 8 pagi pusat dialysis telefon. Mak aku tak boleh dialysis sebab blood pressure dia jatuh rendah sangat. So diorg suruh kitaorang refer balik kat PSH. Lupa nak cerita dalam entry raya yang suram. Mak aku juga ada masalah jantung. Pakar Jantung rasa ada blockage so kena buat angiogram. Tapi taulah kan angiogram kat private hospital plus procedure untuk blockage kosnya macam beli kereta myvi sebiji so kitaorg mintak refer ke GH.  Pendekkan cerita, mak aku sesak nafas lagi lepas balik dialysis Jumaat 21 Ramadan. Masa tuh aku tgh kerja. Berkejaran aku pergi ke PSH tunggu akak aku kat lobi spital n haritu mak aku admit ...

Rutin pagi

Image
Rutin pagi Kalau dulu rutin harian aku, setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat pukul 6.10 - 6.15 pagi aku dah gerak  keluar hantar arwah mak dylisis. Hari Selasa & Khamis pulak aku keluar gerak pergi kerja pukul 7.30 pagi. Tapi bila mak dah takda aku tetap keluar pagi juga. Isnin - Khamis pukul 6.30 pagi dah gerak keluar. Tapi perjalanan aku jauh sikit sebab hantar Mat Ayip ke sekolah. Kalau dulu dia naik bas, kali ni aku dengan rela hati hantar dia pergi sekolah. Padahal boleh jer aku keluar pukul 7.30 pagi g kerja. Tapi rasa macam tak boleh keluar lewat kat rumah sorang-sorang. Rasa sedih sgt. Sekolah Mat Ayip tuh kat Jalan Seelong - Kempas, sebab tuh aku keluar awal sikit sebab perjalanan jauh. Ada lah 30km perjalanan aku dari rumah ke sekolah Mat Ayip n ke opis. Sampai odometer kereta aku naik dengan laju sekali. Kalau dulu nak servis kereta sampai tarikh dulu, tapi sekarang meter dulu yang sampai. Tapi nak buat camner kan. Itu jalan yang aku pilih. So redh...

Salam Oktober

Image
Langit cerah tapi hati masih mendung Dah nak masuk akhir bulan Oktober dah. Lagi 2 bulan dah nak habis 2017. Tahun 2017 dan juga tahun 1998 tahun yang paling tak boleh dilupakan sehingga ke akhir hayat. Tahun-tahun dimana aku kehilangan orang yang paling aku sayangi. Bila masuk berbicara pasal ibu dan bapa mula lah air mata aku mengalir. Orang tanya kenapa tak move on lagi dah 3 bulan arwah mak pegi. Nak move on camner yang pergi tuh mak yang melahirkan kita kot. Aku tinggal dengan dia dari umur aku sehari sampai lah umur aku 37 tahun 7 bulan 18 hari. Berpisah pun masa aku gi belajar kat Shah Alam, itu pun 3 tahun je. Cukup 3 tahun aku balik kampung sebab tak nak dia tinggal sorang-sorang. Kat dada nih bila ada masa-masanya rasa sakit sangat. Sakit rindu yang mencengkam sampai nak mengalir air mata. Mak pergi bawak sekali separuh jiwa aku sekali. Tiap-tiap minggu aku pergi kubur mak nak hilangkan rindu. Kalau rindu nak dgr suara mak aku bukak video-video dalam handphone...

Salam September

Image
Al-Fatihah untuk Arwah Mak Lama tak menulis dan lama juga tak membaca. Lebih kurang aku memang lama dah tak jenguk blog ni. Fuhh panjang gila list blog yang aku follow untuk dibaca. Apa-apa pun akan aku habiskan satu persatu. Blog nih masih buletin 7 pagi.  Walaupun dah tak masuk office pukul 7 pagi dah. Kalau tak setiap Isnin, Rabu & Jumaat pukul 7 pagi mesti dah masuk office. Tapi semua rutin tuh dah takde dah. Rindu. Rindu sangat-sangat. Tapi nak buat camner kan.  Kena lah terima qada n qadar yang telah ditentukan oleh-Nya. Rasanya nak menulis semula dan habiskan entry Raya yang suram aku tuh. Nak hidupkan kembali blog aku yang suram ni. Banyak cerita nak tulis sini sebelum dan selepas mak aku pergi. Blog nikan sebagai diari hidup aku. Insya Allah.

Hari ke-31

Image
Wajah yang sangat dirindui Birthday terakhir mak Semalam genap 30 hari Mak aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Malam pertama mak tinggalkan aku, rasa macam nak korek2 kubur mak nak tengok wajah mak n nak cium mak puas-puas. Ada hari-hari bila datang rindu tuh rasa dada nih berat sangat especially masa dua minggu pertama mak aku pergi. Kadang-kadang tuh bila angin sayu mula menjelma rasa macam nak nangis n hati rasa sangat sebak n end up aku menangis sepuas-puasnya. Kalau dulu aku suka duduk rumah time weekend. Tapi skrg aku banyak keluar sebab duduk kat rumah sangat menyedihkan aku. Pandang semua benda teringat arwah.  Pergi kerja pun pukul 6.30 pagi walaupun office hour aku bermula jam 8.30 pagi. Makan pun dah tak sesedap dulu. Semua rasa tawar je. Aku adalah insan yang telah dipilih Allah untuk menghadap saat-saat akhir mak aku mengambil nafas yang terakhir. Memori itulah yang berpusing-pusing dalam kepala aku. Tengok ambulan pun bol...

Hari ke-17 tanpa doa seorang Ibu...

Every time I close my eyes I see you in front of me I still can hear your voice calling out my name And i remember all the stories you told me I miss the time you were around But I'm so grateful for every moment I spent with you Cause I know life won't last forever Night and day, I still feel you are close to me And I remember you in every prayer that I make Every single day may you be shaded by His mercy But life is not the same, and will never be the same There were days when I had not strength to go on I felt so weak and i just couldn't help asking: "Why"? But i got through all the pain when i truly accepted That to God we all belong, and to him we'll return I've got to stop the tears, keep my faith and be strong I'll try to take it all, even though it's so hard I see you in my dreams but when I wake up you are gone... Petikan lagu So Soon drpd Maher Zain menceritakan perasaan aku sekarang. Tiada hari...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Image
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah ibuku yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad 23 Julai 2017 bersamaan 29 Syawal 1438 Hijrah dan semoga rohnya ibuku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal alamin. Belum sempat aku sambung post   Raya yang Suram , Mak telah kembali kepada pencipta-Nya Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya rasa hati ini. Aku berehat dari berblog buat sementara. Mencari kekuatan dan ketabahan hati.

Diabetes

Diam tak diam hari ini dah seminggu berpuasa.  Aku ni sejak akhir-akhir nih mcm takde mood nak menulis. Tahun ni adalah tahun pertama aku berpuasa 'berinsulin'. Diabetes pun pasal. N sebab diabetes gak lah aku kehilangan abang aku. Apa-apa pun itu telah ditakdirkan Allah.  Sebagai orang Islam wajib percaya kepada Qada & Qadar. Sejak aku kena 'basuh' ngan doktor bulan Mac lepas aku dah seram nak minum manis-manis. Kalau dulu bila weekend jer pegi kedai mesti beli sebotol air berkarbonat.  Takpun air kotak soya ke or apa yang manis. Beli bukan sekotak. Tapi 2-3 kotak. Lepas tu kalau makan nasi, sedap betul sampai bersenduk-senduk.  Nasi pulak campur ngan beras wangi so sangatlah berkanji. Kalau makan fastfood tuh lagi lah galak minum air berkarbonat tuh. Tapi itu sekarang sudah tinggal kenangan.  Bila fikir masa depan dan kesan yang bakal aku dapat, amatlah menyeramkan. Rasa macam tak percaya pula aku boleh let go benda-benda...

Al-Fatihah

Image
"... Bahawasanya mati itu adalah benar. S oalan malaikat Mungkar dan Nangkir itu didalam kubur adalah benar.  Bangun dari kubur dan kemudian kamu dihidupkan semula adalah benar.  Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar.  Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar.  Minum di kolam air nabi adalah benar.  Ada syurga dan neraka adalah benar.  Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya.  Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa.  Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur" "Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah.  Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.  Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.  Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.  Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala.  Menjinakkan hati kamu yang liar.  Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu y ang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.  Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan.  Dan mema...

2013 Highlights - Part 2

Image
Sambungan daripada Part 1 July Bulan mula puasa. Abang aku kat Shanghai balik lagi bercuti untuk bulan puasa. Rumah aku siap renovate. Pastu ada touch up sikit2 untuk interior design umah aku. Bulan nih plak aku dapat warning dari Telekom sebab tak bayar hutang (kes masa aku duduk Shah Alam dulu). Bab nih memang menyampah. Lain kali jgn percaya ngan orang sgt! cantik tak kak tonnn! ekekek August Bulan sedih. Raya ke 7, Ibu saudara (adik mak aku) aku telah kembali ke rahmatullah. Agak rapat dengan Arwah. Kadang-kadang datang rumah arwah belikan barang keperluan untuk dia. Last jumpa dia 4 hari sebelum dia meninggal. Terkejut sangat-sangat. Al-Fatihah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman Al-Fatihah September Bulan nih highlightnya Trip aku ke Makassar. Lama dah plan trip nih sejak anak saudara aku mula-mula belajar kat Makassar, Indonesia. Plannya camner sekalipun mesti buat trip ke sana. Anak saudara aku amik juru...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Image
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah ibu saudaraku yang telah meninggalkan kami buat selama-lamanya pada Subuh Rabu 14 Ogos 2013 bersamaan 7 Syawal 1434. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. Sedihnya hati ini. Apa-apa pun mati itu pasti. Arwah antara makcik yang paling rapat sekali. Adik kepada Mak aku. Last jumpa arwah 4 hari yg lalu. Beraya di rumahnya. Suka arwah tengok kitaorg satu family beraya rumah dia. Tak sangka itu kali terakhir jumpa dia. Tak sangka dia pergi untuk selama-lamanya. Ya Allah, masih terbanyang2 wajah n masih terngiang2 suara dia kat telinga ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Peneman dikala suka dan duka...

Image
Nak tau apa bendanya. Hehehe tadaaaaa... Maggi! Maggi tak kisah lah apa-apa jenama or yang goreng or yg berkuah boleh jadi penawar ketika suka dan duka. Huhuhu I love maggi so much sebab tuh jadi bulat macam nih. Tapi sekarang nih tak boleh makan maggi macam dulu huk huk huk huk Maggi! Aku merinduimu!!!!!

Al-Fatihah

Image
Takziah kepada dua wira negara yang telah terkorban ketika mempertahankan negara. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Inspektor Zukifli Mamat dan Allahyarham Koperal Sabarudin Daud dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin *sekarang nih dah rasa menyampah tengok Facebook. Semua orang nak jadi champion. Rasa nak deactivate jer facebook n cut connection ngan internet. Pastu duduk bawah tempurung. Lagi baik kot?? takdelah buat darah tinggi aku naik n susah hati memikirkan masa depan kan??

Live in Style!

Image
Hari ini buat operasi besar-besaran mengemas ruang keluarga di tingkat atas. Nak buat rak buku so terpaksalah kena kemas. Sejak pindah dari rumah lama kat Larkin kira-kira 7 tahun yang lepas, ni lah kali pertama tengok barang-barang dalam rak-rak buku lama n kotak2. Banyak kenangan dalam tuh. Masa mula-mula pindah, berat hati nak let go kenangan-kenangan tuh. Tapi memandangkan ruang yang tak cukup so terpaksalah kemas n tengok yang mana perlu disimpan.  Aku nih jenis orang yang sukar untuk menerima perubahan. Kalau nak ubah apa-apa mcm susun letak kerusi ke, renovate rumah ke mesti aku agak sukar nak accept perubahan tuh. Tapi bila dah berubah gembira plak hihihi. Tapi kali nih banyak jugak yang aku 'let go' macam majalah2 lama tuh mmg patut lah dijual kan.  Terjumpa plak gambar akak aku masa belajar kat Philadelphia, US Kemas punya kemas terjumpa satu stack gambar lama-lama. Perghh nostalgia betul lah terus duduk kejap tengok gambar tuh dengan mak n akak aku. B...

Adakah ini yg terbaik utk aku...

Image
Harini sengaja je aku lalu coastal highway menuju ke Nusajaya. Padahal boleh je aku lalu jln skudai sbb nampak mcm xjem je. Tapi hari ni hati aku sedih sgt. Daripada hati aku terus kusut lalu jln skudai yg selalu jem n penuh dgn kereta je lebih baik aku lalu coastal highway yg aku nampak hutan n pokok-pokok je. Boleh lah aku tenangkan hati aku. Aku tgh fikir2 skrg ni. Rasanya tak mampu nak teruskan lagi. Patut ke give up n berhenti aje? Rasanya mcm tak mampu dah. Sgt berharap tahun ni tahun terakhir aku disini. Sudah tiba masanya gerak kan jentera cari environment baru! Walaupun 'ngeri' sikit lalu sini tapi menenangkan jiwa Update blog guna ipad - susahnya!

Disaat aku mencintaimu...

Image
ok! ok!. aku tau aku nih lembab pasal lagu2 nih. lagu yg dah nak dekat 2 tahun popular baru aku nak tau kewujudannya. yelah aku bukan dgr radio yg korg selalu dgr tuh. huhu. aku tau lagu nih pun dari cerita Dingin Lavender. bila dgr lagu nih terigt kat sesorang.... nak2 ayat mula2 lagu nih. hmmmmmmm mengapa kau pergi  mengapa kau pergi disaat aku mulai mencintaimu berharap engkau jadi kekasih hatiku malah kau pergi jauh dari hidupku menyendiri lagi menyendiri lagi disaat kau tinggalkan diriku pergi  tak pernah ada yang menghiasi hariku di saat aku terbangun dari tidurku mmg pergi terlalu jauh..... semoga Allah mencuri rahmat ke atas rohnya... Al-Fatihah...