Posts

Showing posts from December, 2014

2014 Highlight Part 1

Image
Ayat cliche aku tiap kali buat entry nih tiap tahun. "Wahhh cepat betul masa berlalu, rasanya baru jer semalam buat entry 2013 Highlight". Kejap jer sekarang nih masa berlalu. Kalau masuk office hari Isnin nak ke hari Jumaat tuh rasa macam dalam satu jam jer kot sekarang nih. Tahun ni mcam takde apa yang menarik jer. So aku rasa kalau takde cerita aku nak letak gambar terbaik yang aku amik untuk bulan-bulan tersebut. 
Januari Bila belek handphone tengok balik bulan 1 nih aku buat apa rupanya banyak gambar makanan je. Maknanya bulan Januari nih aku rajin memasak. Dah lupa peristiwa apa terjadi bulan Januari nih. Rasa nya takde yang penting-penting kot. Aku dapat mesin kopi Dolce Gusto n dapat kuali yang buat Tokoyaki tuh. Oooo lupa lagi satu bulan nih gak start waktu kerja yang berbeza antara akak aku n aku. Cuti mingguan Johor bertukar semula ke hari Jumaat.
Februari Bulan Februari plak selalunya ada trip ke Universal Studio Singapore setiap tahun tapi this year aku amik kepu…

Photobook

Image
Haritu beria dok beli baucar Photobook Malaysia kat Groupon nih. Tah macam-macam jenis Photobook aku beli yang besar, yang kecik, yang kulit tebal n yang kulit nipis. Nak dekat RM200 gak aku abis beli baucar nih. Bila dah beli laptop plak rosak n kebanyakkan gambar lom transfer dalam external drive sebab lemau benar nak tunggu transfer tuh. So kena tunggu betulkan laptop nih. Bila RM350 melayang betulkan laptop nih mood malas aku plak datang. Dok tangguh, tangguh n tanggu sekali harini baru realize yang baucar-baucar tuh semua dah hangus expired.
Padan muka aku sebab tamak sangat. Lain kali bila beli baucar-baucar nih ingat-ingatlah dulu aku ni bukan umur 24 tahun balik kerja still boleh stay up lagi sampai lewat malam.

.

Image
Belum habis sedih baca newsfeed kat Facebook pasal banjir, dapat berita pasal kapal terbang hilang pulak. Terkejut juga masa tgk tv nampak berita kat bawah tulis pesawat AirAsia hilang. Walaupun pesawat yang hilang itu AirAsia Indonesia tapi still part of Malaysia company n aku pernah naik AirAsia Indonesia masa pegi Bandung last year.


Tak tahu nak ckp apa. Doa yang baik-baik sahaja untuk 2 musibah tersebut.

Sushi

Image
Cerita pasal makan lagi aku nih kan? kalau takde entry makan memang tak sah. Entry sushi nih dah banyak kali dah keluar. Camner tak banyak kali keluar sebab sushi adalah antara makanan kegemaran aku. Rasanya kalau boleh tiap-tiap minggu nak g makan sushi. Tapi kalau makan sushi kat luar mahal. Lagi lagi kat Sushi King. Boleh rabak poket kalau makan tiap-tiap minggu. Kalau dah minat kena lah cuba buat sendiri kan. Bila ada anak-anak saudara yang gila ngan sushi baru boleh buat sebab nanti baru seronok makan. Anak-anak saudara aku pun seronok sebab tiap-tiap sabtu diorg tahu mesti ada jer menu yg mak cik dia masak.

Walaupun org dok share gambar otak orang yang makan sushi, aku tetap minat. Sebab aku bukan makan benda-benda yang mentah pon.
Untuk resepi dan bahan sushi yang halal, sila klik sini

Company Family Day @ Legoland Waterpark

Image
Rasa masih dok terawang-awang lagi nih. Rasa macam dok dalam air lagi n macam bergoyang-goyang jer. Kepala pulak dok berdenyut-denyut dari tadi. Hebat betul penangan pegi Legoland kali nih. Bukan baru first time aku mandi kat Legoland Waterpark nih tapi kali nih memang boleh tahan penatnya. Selalunya aku kalau pegi asyik melepak jer kan. Berendam pun gitu-gitu jer. Lebih banyak pada makan jer kalau datang sini. Tapi kali nih oleh kerana office mates aku n family diorg join sekali so mestilah beria sakan berendam kan. 

Memang beria aku berendam kat Legoland kali nih. Actually aku berat hati nak bawak si Mat Ayip nih pegi Legoland Waterpark sebab dia dok mengarut ngan mama dia last week. Mama dia nak gi kursus kat KL n dia tak bagi mama dia pergi siap macam2 dia ckp. Antaranya kalau mama dia balik next week tak jumpa lagi sebab dia mati lemas. Aduhaii budak nih kecik-kecik dah pandai mengarut benda yg bukan-bukan. So aku pun takut ler nak bawak dia g Legoland. Tapi sebab dia nak ikut s…

Laksa Johor

Image
Laksa Johor adalah antara makanan kegemaran aku. Kalau makan Laksa Johor nih boleh bertambah tambah sampai tak sedar dah 3 pinggan Laksa Johor nih kalau beli kat luar jarang yang menepati selera aku. Kira tak sama ler Laksa Johor homemade & Laksa Johor beli kedai. 
The best Laksa Johor yang aku pernah makan selain Laksa Johor yg ibunda tercinta dan akak aku or aku sendiri yg masak (wakakaka nak jugak) adalah masa jamuan raya PERTINA (Persatuan Tingkatan 6) Daerah Johor Bahru. Fuhhhh jamuan raya 16 tahun dulu pun boleh ingat lagi ek. Memang power laksa johor tuh. Lupa plak sekolah aku amik katering mana. Lepas tu office mate aku arwah mak dia masak pun power juga. Kalau g open house raya rumah dia mesti arwah mak dia masak. Fuhh sedap. Al-Fatihah untuk arwah mak office mate aku tuh.
Biasanya laksa johor dimasak tak berapa pedas sangat. Tapi kalau nak pedas kena letak banyak-banyak sambal belacan ler pastu perahkan limau kasturi taburkan daun selasih & daun kesum yang telah dih…

Happy Holiday!

Image
Harini pukul 9 turun bawah igt nak tgk sambungan slot kifarah/zehra last week sekali tgk TV3 drama Kasih Berbisik lahhh. Alah lupaa baru hari Rabu ler. Hihi igt dah Jumaat.
Office aku tutup sampai hari Ahad. Kiranya 4 hari cuti tapi aku sambung sampai Isnin sebab ada check up kat HSA. 
Bestt, jarang bos aku nak bagi cuti free hari Jumaat ni tapi dia bagi cuti siap dgn tiket pegi Legoland Waterpark utk staff n family plus beberapa ratus RM utk belanja makan kat Legoland. 
Terima kasihhh bos lain kali belanja kitaorg nak kapal terbang lah pulak kannnn hihihi
Sudah bagi betis mau peha plak hihihi

Kali ni bwk Mat Ayip. Tak dpt ler aku kena jirus ngan baldi besau sbb Mat Ayip penakut nak masuk situ.

Resepi: Mi Telur Goreng

Image
Mee telur nih lain dari mee kuning. Ada yang dijual segar dan ada dijual kering di pasaraya-pasaraya. Tapi aku lebih suka beli yang segar kat Pasar Tani. Mee nih bagus dari mee kuning sebab tak guna bahan-bahan mcm dalam mee kuning. Cuma mee nih tak tahan lama. Kalau beli mesti kena masak dalam 2-3 hari kalau tak rasa dah tak sedap. Kalau beli mee nih mesti buat goreng basah-basah mcm nih. Haishhh tengah-tengah malam tgk gambar camni boleh buat orang lapar lah plak.
Bahan-bahan 1 peket Mee Telur 3-4 sudu besar Cili boh or lada kering giling. 1 biji bawang besar (dikisar) 3 biji bawang putih (dikisar) Kicap manis & masin, sos tiram Sayur Sawi 1 biji tomato 1 biji telur Garam dan bahan perasa (kalau suka) Minyak untuk menumis Bahan perencah ikut suka (ayam, udang, fishball, crab stick dll)
Cara-cara Tumis lada kering yg telah digiling or dikisar bersama bawang besar n bawang putih yang juga telah dikisar. Tumis sampai naik bau masukkan bahan-bahan rencah, kicap n sos tiram. Tumis sam…

Jemput-jemput Udang

Image
Ada orang panggil cucur. Tempat korang panggil apa ek? Kalau kitaorg panggil jemput-jemput. Salah satu kudapan petang favorite aku. Tapi makanan nih tak sihat ler pada aku sebab kena goreng dengan minyak yang banyak kan. So sesekali boleh lah makan. Goreng jemput-jemput nih time orang ramai kat rumah aku jer. Baru seronok makan. Anak-anak saudara aku pun tak sabar-sabar siap curi-curi masuk dapur nak makan dulu. Lagi-lagilah kalau letak udang. Fuhh memang kejap jer licin.

Lagi sedap makan jemput-jemput nih kalau ada sambal tumis or asam pedas smlm punya (dah dipanaskan n pekat) fuhh memang terangkat ler. 
Haishh tetiba lapar plak. Rasa macam nak bancuh semangkuk tepung lak hihihi
Untuk resepi sila klik sini

Selagi belum tutup mata, kerja! kerja! kerja!

Image
'Sikitnya' kerja aku. Tuh yg kat atas lantai lom kira lagi tuh. Bertimbun-timbun. Hujung tahun ke, awal tahun ke tgh tahun ke sama jer. Kekadang rasa mcam nak benti sbb dah bosan nak kerja ngadap perangai bos yang tah apa-apa plus perangai client yang cerewet tahap gaban. Bila balik rumah rasa macam lega sesgt lega lah. Lebih lagi kalau balik tuh rumah tu hari Jumaat lagi lah rasa mcm nyamannnn jer. 
Kekadang kat opis terpaksa buat perangai 'gonjol' (sila goggle kalau tak tau maksud) kalau tak tensionnnn memanjangggg jer. Stress betul kerja dgn orang yang suka buruk sangka. Baru tanya kita dia dah jawab sendiri. Pastu jawapan yang menyakitkan hati n memang mintak pelempang percuma je. Nasib baik dia bos kalau tak tahu ler. Semua kerja nak cepat. Baru suruh satu kerja, suruh satu lagi satu lepas tuh semua kerja nak sekarang. Gila ke apa? 
Aku kadang-kadang berimiginasi sendiri yang bukan-bukan sebab marah betul ngan perangai dia. Imiginasi Seksyen 302 Kanun Keseksaan p…

Ahli keluarga baru

Image
Alhamdulilah, aku dapat anak saudara yang ke-24. Anak kepada abg n akak ipar aku. Kemungkinan besar anak saudara yang terakhir. Sebab akak-akak aku dah tutup kilang hahaha n akak-akak ipar aku pun sama (kot) hihihi. Anak saudara aku ni lahir tak cukup bulan. Baru 7 bulan dalam kandungan dia dah tak sabar nak keluar. Sama macam abang dia juga yang lahir tak cukup bulan. Alhamdulilah, semuanya cukup sifat n paru-paru dia pun strong untuk dia bernafas sendiri. So dia tak masuk inkubator n boleh pulang keesokkan harinya. 
Lepas nih tunggu cucu saudara jer lah ye. Anak saudara dah takde kot (sapa lah kita nak tolak takdir Allah kan?) Abg2 n akak2 aku jer lah tunggu anak saudara dari aku (wakakakaka gelak guling2). Cucu saudara dah ada 6 itu pun baru 2 orang yang kahwin. Pulak tuh anak-anak saudara aku kebanyakkan dah besar-besar, yg tgh tunggu dipinang org or tunggu meminang anak orang ada 9 orang pulak tuh (kategori dah boleh jadi mak or bapak org). 6 orang dah kerja n 3 orang next year …

Akhirnya.

Image
Akhirnya ada gak orang komen kat entry catatan perjalanan aku ke Shanghai haritu.
Terima kasih pada blogger OJOLALY kerana sudi komen dan  menjadi komen pertama entry aku tuh. Insya Allah dalam masa terdekat saya pos Key Chain & Fridge magnet tuh.
Aku tak buat giveway pun just nak bagi hadiah suka-suka pada 3 orang pertama yg komen entry aku tuh. Still ada lagi nih. Meh ler komen kat link nih

Happy Birthday to Me!

Image
Last week genap umur aku 35 tahun. Fuhh lagi 5 tahun masuk 4 series plak. Rasa macam cepat jer masa berlalu. Rasa macam baru semalam umur 25. Sekarang dah 35. Bila umur dah meningkat nih kesihatan pun dah tak berapa baik. Ok aku baru umur 35 bukan 53. Tapi aku dah kena makan 7 biji pil tiap-tiap pagi. Nak buat camner karang lain plak jadi kalau tak amik pil tuh.
Birthday kali nih aku buat pulut kuning sikit, bagi adik beradik yang dekat, kengkawan opis n jiran. Lama tak makan pulut kuning lagipun mak aku ckp sedap kalau dapat makan pulut kuning. Nasib baik akak aku nak masakkan. Balik rumah lepas kerja dapat surprise lagi. Ayip n sorg lagi anak saudara aku Atin bawak kek n hadiah. Sweet sgt tengok Ayip tulis kat birthday card tuh.

Semoga aku  ditetapkan iman, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan ditemukan dengan jodoh.
Amin ya rabbal 'alamin

Graduation Day

Image
Cerita minggu lepas akhirnya Mat Ayip menamatkan zaman pra sekolah beliau. Majlis graduasi pra sekolah ayip nih diadakan di dewan PIBG Maktab Sultan Abu Bakar. Dewan baru rupanya. Dulu masa zaman form 6 pernah pergi dewan lama jer. Actually si Mat Ayip nih sekolah kat sini masa umur 6 tahun jer. Sebelum ni 2 tahun dia sekolah kat tadika lain.

Ayip buat persembahan Pentomin n dia sebagai Lion dengan dialog "Yuck! the water is polluted!" hahahah. Tak sangka kan kejap jer masa berlalu. Rasanya macam dia baby lagi. Masa majlis ni tetiba aku beremosi plak. Sebak dada aku bila ingat dia masa baby dulu. Walaupun dia hanya anak saudara aku jer tapi dia membesar depan mata aku. Aku ni ibarat mak kedua dia selepas mama dia. Aku harap anak-anak saudara aku yang lain faham kenapa aku rapat sangat ngan Ayip.

Sekolah Tadika nih sangat sesuai pada ibu bapa yang nak anak-anaknya menjadi tahfiz. Ayip sendiri pun dah banyak surah yang dia hafal. Tapi oleh kerana dia sekolah kat sini hanya se…