2019 - Throwback
Akhirnya dapat jugak buat post ni. Bulan September pulak tuh. Sebenarnya tang bulan tuh tiap2 bulan edit hahahaha. Masa kena kurung kat rumah dah buat tapi tak siap-siap. Lagipun laptop rosak tak ganti-ganti lagi. Rasa mcm tak beli kot. Tak ada keperluan. Apa pun, mari kita mengimbas kembali tahun 2019. JANUARI Baby Mya (baby ke lagi) dah 4 tahun. Kejap jer masa berlalu n akak aku dah masukkan dia ke Playschool. Budak perempuan ni payah nak nangis kalau kena tinggal. Berbeza dengan budak lelaki. Tapi ada jugak lah sedih-sedih tuh. Lepas tu anak saudara aku yang arwah mak aku babysit sejak lahir akhirnya bertunang. Sebelum tuh abang dia bertunang bulan Disember 2018. Bulan ni jugak akak aku ada meeting kat Melaka. Tinggal lah aku uruskan dua org anak dia. Sebab meeting tuh 11 hari, masa cuti Thaipusam tuh aku bwk anak dia g Melaka jumpakan mak diorg. Bulan ni aku start bz sbb akak aku dah lantik aku sebagai wedding planner. Dah lah takde pengalaman. Dari sewa dewan, katering, doo