Bawak bekal
Zaman sekarang ni duit dah jadi macam air. Dengan harga petrol naik, minyak masak naik, for sure lepas nih harga makanan semua naik. Nak tak nak kita kena lah berjimat cermat. Aku nih sejak kena suntik insulin tiap-tiap malam, aku dah jarang beli lunch kat luar. Kalau beli tuh ada lah sebulan 2-3 kali ataupun bila bos belanja makan. Aku pun bukan boleh makan beras sebarangan. Silap-silap meter gula boleh naik berbelas-belas. Mula-mula guna beras Faeza Herba Ponni. Dah lah tak sedap. Mahal lak tuh. Bila nurse ckp boleh guna beras basmathi so tukar le. Bila sakit zaman ekonomi meleset nih memang perit sikit. Nak tak nak kena lah ikut. Siap beli rice cooker kecik comel utk makan aku sorg. So hari-hari aku bawak bekal untuk lunch. Kalau hari yang aku tak hantar mak aku g dylisis, aku akan masak malam. Kalau tak aku masak pagi je. Takpun kalau mak aku ada masak semalam aku bawak jer buat makan tengahari. Perut aku tak cerewet. Perut rakyat maheran. Boleh makan lauk semalam.