Skip to main content

Bawak bekal

Zaman sekarang ni duit dah jadi macam air. Dengan harga petrol naik, minyak masak naik, for sure lepas nih harga makanan semua naik. Nak tak nak kita kena lah berjimat cermat.

Aku nih sejak kena suntik insulin tiap-tiap malam, aku dah jarang beli lunch kat luar. Kalau beli tuh ada lah sebulan 2-3 kali ataupun bila bos belanja makan. Aku pun bukan boleh makan beras sebarangan. Silap-silap meter gula boleh naik berbelas-belas. 

Mula-mula guna beras Faeza Herba Ponni. Dah lah tak sedap. Mahal lak tuh. Bila nurse ckp boleh guna beras basmathi so tukar le. Bila sakit zaman ekonomi meleset nih memang perit sikit. Nak tak nak kena lah ikut. Siap beli rice cooker kecik comel utk makan aku sorg.

So hari-hari aku bawak bekal untuk lunch. Kalau hari yang aku tak hantar mak aku g dylisis, aku akan masak malam. Kalau tak aku masak pagi je. Takpun kalau mak aku ada masak semalam aku bawak jer buat makan tengahari. Perut aku tak cerewet. Perut rakyat maheran. Boleh makan lauk semalam.

Masa mula-mula makan sihat. Tapi 2-3 kali jer.
Sakit poket aku makan camni
Ini pun sama. Tahan 2-3 kali jer
Lepas tuh nasi juga jadi pilihan.

Boleh dikatakan jimat jugaklah bawak bekal ni. Bayangkan lah dulu sehari RM10 boleh habis beli breakfast ngan lunch. Kadang-kadang lebih. 5 hari kerja dah RM50 minimum lom lagi duit minyak kereta lagi. Tapi sejak dah bawak bekal nih jimat sesangat. Bahan mentah memang kena beli tapi ayam kalau beli 1/2 ekor baru RM4-RM5. Untuk aku sorang boleh masak 3-4 kali. So meh ler kita membawa bekal. Perit nak memasak tapi sangat berbaloi!

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.