Posts

Showing posts from July, 2017

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Image
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah ibuku yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad 23 Julai 2017 bersamaan 29 Syawal 1438 Hijrah dan semoga rohnya ibuku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal alamin. Belum sempat aku sambung post   Raya yang Suram , Mak telah kembali kepada pencipta-Nya Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya rasa hati ini. Aku berehat dari berblog buat sementara. Mencari kekuatan dan ketabahan hati.

Raya yang suram

Image
Seumur hidup aku bila tiba time raya tak kisahlah raya puasa atau hari raya haji, tak pernah gagal merebus ketupat. Puasa dan Raya tahun ni adalah paling suram dalam hidup aku. Tiada langsung persiapan raya yang dibuat, kecuali sempat menempah langsir rumah di Jakel di awal puasa dan membakar 2 jenis kuih raya di sabtu kedua pada bulan puasa. Tak pernah dalam hidup aku membakar kuih raya pada minggu pertama puasa. Ini semua petanda. Minggu kedua puasa, mak aku mula start batuk-batuk dan semakin teruk sehinggalah pada 13 Ramadan pukul 2.30 pagi mak aku dah mula sesak nafas. Aku bawak mak aku pergi klinik yang buka 24 jam. Masa tuh tekanan darah mak aku sangat tinggi 200/110. Jadi doktor advise untuk pergi ke Hospital. Sebelum tuh minta dr bagi nebulizer dulu. Aku balik ke rumah dulu sebab mak  aku enggan ke hospital. Tapi bila sampai rumah dia mula tak rasa selesa. Tak boleh bernafas. Kami ambil keputusan untuk bawa mak juga ke hospital jam 4 pagi.  menunggu Sampai di Joho