Posts

Showing posts from February, 2019

Wedding: Shah Alam 2017

Image
Ok lama betul amik masa nak post sini. Dah 2 tahun berlalu. Pengantin pun dah dapat anak huhuhu. Arwah mak masa ni pun ada lagi. Tapi tuh lah kan lama betul aku berehat. Lepas kenduri kahwin nih mak aku start sakit n keluar masuk hospital dan pergi selama-lamanya 2 bulan selepas itu. Sebab itu sekarang baru rasa nak post kenduri kahwin ni kat sini. Masa nih arwah mak ada lagi. Tapi nampak riak wajah dia dah sugul Ini pertama kali akak n abang ipar aku dapat menantu. So memang over excited sikit lah sebab memang dinanti-nantikan nak makan nasi minyak pengantin ni. Nikahnya hari Jumaat lepas solat Jumaat. Lebih kurang pukul 3.00 petang. Kita orang bertolak dari Johor Bahru lepas arwah mak habis dylisis pukul 11.00 pagi. Kakak aku sempat lah masak-masak. Singgah jap kat Restoran Jenjatas Ayer Keroh makan tengah hari dulu tapi masa tuh arwah mak aku dah gelisah ajak cepat-cepat ke Shah Alam. Dia takut terlepas tengok cucu dia nikah. Ingat dia kat makcik dia ni Lepas da