Wedding: Shah Alam 2017

Ok lama betul amik masa nak post sini. Dah 2 tahun berlalu. Pengantin pun dah dapat anak huhuhu. Arwah mak masa ni pun ada lagi. Tapi tuh lah kan lama betul aku berehat. Lepas kenduri kahwin nih mak aku start sakit n keluar masuk hospital dan pergi selama-lamanya 2 bulan selepas itu. Sebab itu sekarang baru rasa nak post kenduri kahwin ni kat sini.

Masa nih arwah mak ada lagi. Tapi nampak riak wajah dia dah sugul

Ini pertama kali akak n abang ipar aku dapat menantu. So memang over excited sikit lah sebab memang dinanti-nantikan nak makan nasi minyak pengantin ni. Nikahnya hari Jumaat lepas solat Jumaat. Lebih kurang pukul 3.00 petang. Kita orang bertolak dari Johor Bahru lepas arwah mak habis dylisis pukul 11.00 pagi. Kakak aku sempat lah masak-masak. Singgah jap kat Restoran Jenjatas Ayer Keroh makan tengah hari dulu tapi masa tuh arwah mak aku dah gelisah ajak cepat-cepat ke Shah Alam. Dia takut terlepas tengok cucu dia nikah.

Ingat dia kat makcik dia ni

Lepas dah nikah

Alhamdulilah sampai dan dapat lah tengok majlis nikah anak saudara aku. Lepas makan-makan kami bertolak ke rumah Homestay yang disewa kakak aku kat TTDI Jaya. Semua adik beradik aku ada kat situ. Arwah mak aku yang mula-mula nak duduk rumah akak aku terus tak jadi nak join anak-anak dia yang lain kat Homestay tu. Memang meriah dan kenangan paling tak boleh lupa sebab semua adik beradik aku, akak ipar n abang ipar serta anak-anak saudara aku ada.

Gambar makan mesti ada

Pengantin

Majlis Resepsinya pula pada hari Sabtu malam. Siang sabtu kitaorg berjalan-jalan dulu ke Ikea Damansara (masa tuh Ikea Tebrau belum buka). Majlis resepsinya kat Bizmilla Wedding Hall kat One City Subang Jaya. Petang tuh siap-siap n lepas Maghrib terus pergi ke dewan tuh. Meriah memandangkan first time terima menantu. Baby Mya jadi flower girl tapi tak sempat jalan sebab dah nangis sebab takut. Masa tuh dia baru umur 1 tahun so masih tak tahu apa-apa lagi. Pukul 11 jer kitaorang balik semula Homestay dan esoknya Ahad kami beramai-ramai pulang lah ke Johor Bahru.

Pelamin dan Pengantin

Sebelum nangis

Kalau ingat wedding ni mesti sedih sebab arwah mak masa kat majlis resepsi ni dia dah sakit. Tapi dia diam jer. Keadaan dewan yang bingit membuatkan dia lagi bingung. Sebulan lepas majlis ni arwah mak aku sakit keluar masuk ICU. Dua bulan lepas majlis nih arwah mak pegi buat selama-lamanya.

Apa-apa pun tahniah buat anak saudara aku. Dah dapat anak dah pun. Bulan 6 nanti dah setahun.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah