Posts

Showing posts from June, 2018

2017 - Throwback Part 2

Image
Fuhh lama gila aku nak sambung entry throwback ni. So ini lah sambungan Part 1 JULAI Bulan paling sedih dalam hidup aku. Aku kehilangan doa yang paling mustajab dalam hidup aku. Mak yang aku kasihi dan yang aku sayangi telah pergi buat selama-lamanya. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Mak pergi pada hari terakhir bulan syawal. Perjalanan terakhir arwah mak OGOS Bulan Ogos, bulan pertama yang aku lalui tanpa mak. Masa ni hari-hari aku menangis n actually sampai sekarang masih lagi menangis. Lagi-lagi bila ahli keluarga yang duduk jauh balik, lagi lah sedih. Hidangan Hari Raya Aidiladha yang simple buat kami SEPTEMBER Bulan birthday baby Mya yg ke-2. Dua Bulan ni jugak aku decide untuk tukar kereta. Terlalu banyak kenangan dengan kereta lama. Lebih baik tukar sekarang sebelum nilai kereta lama tu semakin turun. Aku tukar kereta tak pegi jauh-jauh pun. Brand yang sama dan yang paling kelakar model yang sama. Cuma upgrade sikit lah. Dulu 1.3 cc sekarang 1.5 cc.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Image
Rasanya belum terlewat untuk aku wish Selamat Hari Raya Aidifitri kepada semua yang baca blog aku ni (ada lagi ke?). Ampun maaf zahir batin jika ada tersalah silap sepanjang aku berblog. Lama rasanya tak mengepos kat sini. Macam-macam yang jadi kat aku n family aku sepanjang aku tak post kat blog ni.  Rasanya nak continue dengan apa yang aku belum habiskan. So kalau aku rajin nanti adalah post-post lama tahun2 lepas yang tak sempat aku post. Inikan cam cerita hidup aku. So tak kira ada orang baca or takde ke cerita lama ke mesti kena abadikan kat sini. Ok good luck untuk aku.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Image
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham Ismail Bin Hj. Wahid, abang kandung saya yang telah kembali kerahmatullah pada 10 Jun 2018 bersamaan 25 Ramadan 1439 Hijrah.  Semoga roh abang saya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal alamin *** Belum sedih kehilangan ibunda yang tersayang pada bulan Syawal tahun lepas, kali ni giliran abang aku pula telah pergi meninggalkan kami. Sedihnya kerana arwah pergi dalam keadaan mengejut dan meninggalkan isteri yang tidak bekerja dan dua orang anak yang masih kecil. Insya Allah aku akan kembali berblog sebagai terapi untuk mengatasi kesedihan yang aku alami.