إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham Ismail Bin Hj. Wahid, abang kandung saya yang telah kembali kerahmatullah pada 10 Jun 2018 bersamaan 25 Ramadan 1439 Hijrah. 

Semoga roh abang saya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin ya rabbal alamin


***


Belum sedih kehilangan ibunda yang tersayang pada bulan Syawal tahun lepas, kali ni giliran abang aku pula telah pergi meninggalkan kami. Sedihnya kerana arwah pergi dalam keadaan mengejut dan meninggalkan isteri yang tidak bekerja dan dua orang anak yang masih kecil.

Insya Allah aku akan kembali berblog sebagai terapi untuk mengatasi kesedihan yang aku alami.


Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah