Breakfast

Rasanya kita rakyat Malaysia untung sebab negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan. Kalau breakfast tuh macam-macam ada. Ada style Melayu, Cina, India or Western. Bila ke luar negara benda yang paling aku rindu sekali adalah makanan ketika sarapan. Lagi lah kalau sarapan tu ikut negeri. Fuhhh macam-macam kan??

Sarapan no. 1  rakyat Malaysia, Roti Canai
Lokasi: Tapau dari Pasar Tani Sri Pulai, Johor
Yang ini pun No. 1, Nasi Lemak Daun Pisang
Lokasi: Restoran Selera Yusal, Larkin Perdana
Sarapan orang Terengganu, Nasi Dagang
Lokasi: Gerai berdekatan Pasar Dahlia, Johor Bahru
Sarapan orang Sabah, Sup Urat
Lokasi: Gerai berdekatan Kedai Mutiara Jamilah Kota Kinabalu
Sarapan orang Johor, Laksa Johor
Lokasi: Rumah sendiri. Homemade
Sarapan orang Kelantan, Nasi Kerabu
Lokasi: Pasar Tani Sri Pulai, Johor
Sarapan orang Johor, Nasi Ambeng
Lokasi: Pasar Tani Sri Pulai, Johor
Sarapan orang Johor, Lontong baby!
Lokasi: Tak diketahui tapi kat Kampung Pasir Johor kot
Sarapan orang Malaysia, Soto!
Lokasi: Rumah sendiri. Buat sendiri hehehe
Sarapan orang Johor, Kacan Pool
Lokasi: Medan Selera A-Mart, Tampoi
Ini baru je sikit senarai sarapan-sarapan popular kat Malaysia nih.
Ada banyak lagi. itu belum dengan kuih-muihnya lagi.
Bila fikir-fikir sebab tuh orang Malaysia banyak yg 'sihat-sihat'. Mcm aku.
Tak kira pagi, petang, siang or malam banyak pilihan makanan.
Apa-apa pun jaga kesihatan anda ye.

Comments

  1. fuh menu-menu terangkat..spot kat laksa johor sebab tak pandai masak laksa johor..belum pernah try la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tabung Haji