Rumah Idaman

Rumah Idaman

Sabtu bila tah dah lupa, akak aku ajak aku pegi tengok show house yang berdekatan area rumah aku. Aku n akak aku ni memang kegemaran tengok show house je hehehe. Lepas tuh berangan kan kalau lah dapat rumah tuh. Tapi dalam banyak-banyak showhouse yang kitaorg g tengok, rumah kat atas nih lah yang betul-betul buat aku terliur. Alahaii kalau aku kayaaaaaaaaaa!

Lawa betul rumah nih. Rekaan pun moden. Cer tengok gambar kat atas. Rumah nih petak je kan? Bumbung pun rata je. Yang buat rumah ni mahal sebab rangka-rangka tingkap, tangga, pintu dan hiasan dibuat dari besi. Pintu mmg pintu giant betul dari besi. Lupa nak ambik gambar. Dah tak payah pasang grill. 

Ruang tamu
Bilik no. 3  (atas)
Bilik no. 2 (atas)
Bilik Idaman!
Pemandangan dari 2nd Bedroom

Paling terliur dengan 2nd bedroom rumah nih. Siap ada cermin lagi menghadap tangga. Master bedroom pun best jugak tapi gambar aku tak lawa sebab tuh tak boleh masuk blog. Rumah nih ada 4 bilik dan 3 bilik air. 22 x 68 tak silap aku. Harga? Bumi lot RM400k++ tak silap aku. Lokasi? Di The Cube Bandar Pulai Jaya, Kangkar Pulai Johor. Tapi aku tak berapa suka lokasi sebab jauh dalam area daerah Kulaijaya (Bandar Pulai Jaya terbahagi dua satu under Daerah Johor Bahru n satu lagi Kulaijaya). Tapi rumah nih kalau dapat yg lot tepi jer best. Skrg tengah tunggu showhouse rumah klauster plak hehehe.

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji