Posts

Showing posts from June, 2016

Bengangggg!

Lama tak menaip apa-apa kat sini.  Sekarang ni memang mood menulis takmo datang. Bila da datang mood nak menaip cerita, tetiba terlayan youtube plak. Tapi hari ni memang tengah ada mood. Mood bengang sebenarnya. Berbuku jer hati aku ni. Memang takde mood nak senyum2 hari ni n semalam. Cer korang bayangkan last year bila public holiday 2016 dah keluar terus tengok cuti raya kena tengah-tengah minggu. Fuhh cantik! So tiap-tiap bulan drpd tahun lepas ko dok remind bebudak opis yg tahun ni giliran ko cuti panjang pulak. Dan ko tiap-tiap hari dok cerita ngan family ko yang tahun ni cuti raya seminggu. Client datang opis tanya, "You raya cuti berapa hari? dan ko dengan konfidennya jawab, "1 minggu" walaupun ko belum apply cuti kat bos. Bila apply cuti tetiba bos bising sebab ada orang lain yang apply cuti sama cam ko jugak. Sebijik sama. Padahal ko dah awal-awal bagitau  semua orang sejak tahun lepas termasuk bos yang tahun ni giliran ko pu

Petua Minggu Ini: Corns/Ketuat

Image

Petua Minggu Ini: Ear Acne

Image

Diabetes

Diam tak diam hari ini dah seminggu berpuasa.  Aku ni sejak akhir-akhir nih mcm takde mood nak menulis. Tahun ni adalah tahun pertama aku berpuasa 'berinsulin'. Diabetes pun pasal. N sebab diabetes gak lah aku kehilangan abang aku. Apa-apa pun itu telah ditakdirkan Allah.  Sebagai orang Islam wajib percaya kepada Qada & Qadar. Sejak aku kena 'basuh' ngan doktor bulan Mac lepas aku dah seram nak minum manis-manis. Kalau dulu bila weekend jer pegi kedai mesti beli sebotol air berkarbonat.  Takpun air kotak soya ke or apa yang manis. Beli bukan sekotak. Tapi 2-3 kotak. Lepas tu kalau makan nasi, sedap betul sampai bersenduk-senduk.  Nasi pulak campur ngan beras wangi so sangatlah berkanji. Kalau makan fastfood tuh lagi lah galak minum air berkarbonat tuh. Tapi itu sekarang sudah tinggal kenangan.  Bila fikir masa depan dan kesan yang bakal aku dapat, amatlah menyeramkan. Rasa macam tak percaya pula aku boleh let go benda-benda manis n

Petua Minggu Ini: Sprains/Terseliuh

Image

Salam Ramadhan

Image
Selamat menyambut bulan Ramadhan 1437 Hijrah. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua dan memberi seribu manfaat yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Insya Allah. Gambar diatas diambil ketika aku mengerjakan umrah 5 tahun yang lalu. Pada hari ini, 5 tahun yang lepas aku tengah bersiap untuk memulakan perjalanan terhebat dalam hidup aku. Tak sangka 5 tahun dah berlalu. Terasa macam baru semalam jer.  Bila lah aku dapat dijemput lagi ke sana.  Rasa rindu rasanya dengan suasana di Makkah dan Madinah. Kekadang menitis air mata bila tiba-tiba rindu itu mendatang. Tapi aku hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Semoga segala urusan aku dipermudahkan. Insya Allah.

Petua Minggu Ini: Migraine

Image

Terima Kasih Adik Beradik

Petikan daripada perkongsian di Whatapps Cantik ayat ni. Kadang - kadang Adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit. Kadang - kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab. Kadang - kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka. Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik. Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WHATAPPS  anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA . Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada. Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing. Satu hari anak