Skip to main content

Bengangggg!

Lama tak menaip apa-apa kat sini. 
Sekarang ni memang mood menulis takmo datang.
Bila da datang mood nak menaip cerita, tetiba terlayan youtube plak.

Tapi hari ni memang tengah ada mood.
Mood bengang sebenarnya.
Berbuku jer hati aku ni. Memang takde mood nak senyum2 hari ni n semalam.

Cer korang bayangkan last year bila public holiday 2016 dah keluar terus tengok cuti raya kena tengah-tengah minggu. Fuhh cantik!

So tiap-tiap bulan drpd tahun lepas ko dok remind bebudak opis yg tahun ni giliran ko cuti panjang pulak.

Dan ko tiap-tiap hari dok cerita ngan family ko yang tahun ni cuti raya seminggu.

Client datang opis tanya, "You raya cuti berapa hari? dan ko dengan konfidennya jawab, "1 minggu" walaupun ko belum apply cuti kat bos.

Bila apply cuti tetiba bos bising sebab ada orang lain yang apply cuti sama cam ko jugak. Sebijik sama.

Padahal ko dah awal-awal bagitau  semua orang sejak tahun lepas termasuk bos yang tahun ni giliran ko pulak nak cuti panjang tapi tetiba member sendiri boleh sailang pulak cuti ko.

Member ko pulak dah awal-awal cakap kat ko jangan merayu kat dia sebab dia mesti kena cuti.

Cer bagitau apa perasan ko bila bos tolak cuti ko, tapi terima cuti member ko.

Technically, ko dapat cuti gak tapi tak seperti yang ko rancangkan, seminggu. Cuti serdak biskut yg ko dapat pun siap ckp "boss tak happy dengan cuti you."

Alasan bos sebab member ko tu ada family.

Abih aku tak ada family ke?

Bila ada kerja urgent sapa-sapa pun ko kena tunggu. Tapi bila kerja urgent ko orang lain boleh balik.

Alasan sebab orang lain ada family.

Abih aku tak ada family ke?

Nasib orang bujang!

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Resepi: Sushi

Dah lama nak rasa buat sushi sendiri. Asyik beli je apa kata buat sendiri kan. Aku nih memang peminat sushi. Tapi mampu beli sushi kat Jusco jer lah ekekeke. Tapi tuhlah kan kalau beli tuh macam mahal kalau buat sendiri boleh dapat banyak. Lagi lah anak-anak saudara aku mmg hantu sushi. So seperti biasa hari Sabtu kan hari masak-masak so apa lagi gulung sushi lah. 
Pada yang pertama kali buat sushi tuh boleh lah beli starter pack sushi nak kat Aeon or nama lamanya Jusco. Harganya RM29.90 kalau tak silap aku. Kat dalam starter pack tuh ada 1 bamboo untuk gulung sushi, satu pack halal seaweed, 1 botol cuka sushi yang halal dan 1 botol sos kicap cecah sushi yang halal. Beras sushi pulak boleh dibeli kat Aeon or Jusco jugak, nama berasnya Sumo, satu peket tuh 1 kg jer n harganya RM9.90.

Mula-mula tuh masa beras sushi macam korang masak nasi biasa. Tapi jangan banyak sangat airnya nanti lembik pulak. Lepas tuh boleh lah sediakan inti-inti untuk sushi tuh macam dalam gambar:-
Nombor 1 - In…