Hobby baru yg xberapa nak baru

hobby baru

Comel tak menda kat atas tuh? comel kan? itu ler cookie cutters yg aku baru beli secara online baru2 nih.. Camner aku leh terjebak beli benda nih?? Actually aku nak order fancy cookies untuk birthday 2 orang anak saudara aku bulan nih. Aku surf lah internet cari pembuat fancy cookies yang dekat2 dengan tempat aku. Cari punya cari akhirnya aku jumpa n aku pun email lah kat dia cos aku nih penyegan sikit nak calling2 nih : P tapi tunggu punya tunggu tak reply2 jugak email tuh. aku naik fed-up ler. Dulu aku pernah kena mcmni gak masa tuh tanya pasal kelas memasak dia tapi sampai kesudah xjawab email aku tuh.

Oleh kerana tahap kesabaran aku sudah melebih tahap gaban aku try ler surf cara nak buat fancy cookies nih sampai lah aku dapat idea Why not aku buat sendiri fancy cookies. Lagipun aku da kira2 kalau aku order amatlah mahal lebih kurang rm2-3 sekeping kot. Tapi problemnya nak cari cookie cutters yang best2 susah nak cari kat kedai kat area tempat aku nih n dengan icing colornya sekali. Bila aku g kedai bakery balik2 aku jmp kaler merah, biru n kuning. Memanglah kalau nak warna lain kita campurkan jer tapi aku xberapa nak pandai sgt bab campur mecampur nih. 

Cari punya cari akhirnya aku jumpa lah kat sini. Company nih pengedar yang sah untuk barang-barang Wilton kat Malaysia. Tapi kalau korang duduk area KL or Selangor xyahlah beli secara online macam aku nih. Mcm best jer kedai company nih kalau tgk dlm gambar kat website tuh naper lah xda kedai camni kat area aku. Bila kita beli secara online yang bestnya kalau barang yang kita tempah ada, harini bank-in esok dah boleh dapat.

Mula2 aku buat cookies tuh x berapa nak jadi sebab manis sgt n aku termasukkan almond flavour yang sangatlah aku xsuka baunya. Anak saudara aku cakap bau macam lipas heheh. Kali kedua aku buat baru jadi setelah aku kurangkan gula dan xmasukkan almond flavour. Sedap biskut tuh (bukan puji diri sendiri ek sbb resepi yg aku guna tuh bukan resepi aku eheh) aku try guna resepi dari website Wilton iaitu Roll-Out Cookie cuma kalau nak try ikut resepi nih kena kurangkan gula dan jgn masukkan almond flavour tuh.  Boleh kena kecing manis ooo kalau guna resepi original dia (xtaulah kalau aku yang salah sukat). Kalau tgk kat resepi tuh measurement dia guna cup tapi kalau nak convert ke grams boleh klik sini.

So inilah hasilnya:-

sebelum dibakar

selepas dibakar

icingnya pula mana? aku xsempat nak buat so aku plan masa cuti Deepavali baru aku buat icingnya. Hopefully jadi ler icingnya n nih ler first time aku try buat royal icing. Last year aku ada try buat cupcakes dgn buttercream icing tapi icing xjadi terus aku give up nak try lagi. Kali ni aku kena janji dengan diri sendiri supaya tidak cepat PUTUS ASA.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah