Tersirat

Aku kalau dengar lagu mesti aku menghayati liriknya.
Tak kira lah lagu melayu ke omputih ke korea ke
Bukan dengar kosong-kosong jer.
Lagu lama-lama banyak maksud tersirat. 
Especially lagu rock zaman-zaman 80-an & 90-an.

Lagu zaman sekarang tak tahu ler. 
Ada gak certain lagu yang memang ada maksud tersirat tapi tak serupa macam lagu-lagu dulu.

Lagu lama-lama nih kekadang kalau dengar sepintas lalu macam lagu cinta biasa kan?
Tapi kalau dengar dalam-dalam banyak maksud tersirat.
Antara lagu-lagu pilihan aku:-

Istana Menanti - Rahim Maarof (1990)


Dengar lagu nih pun dah tahu apa maksud tersirat. Lagu ni mengenai ajal dan amalan kita. Istana Menanti tuh actually adalah liang lahad iaitu destinasi terakhir kita. Ketar jari jemari bertaut pada harapan ini, aku membilang hari, apa akan datang hari ku nanti, Istana Menanti pasti. Kalau betul hayati lirik lagu nih boleh meremang bulu roma sebab maksud dia sangat deep. Congrats M. Nasir lagu & lirik sangat power.  

Fantasia Musim Cinta - Iwan (1993)



Ini antara lagu fav aku zaman 90 an. Dengar banyak kali pun tak bosan. Lagu nih banyak masuk tersirat. Keseluruhan lagu ni menceritakan hubungan antara manusia dengan Allah. Rasanya lagu nih keluar time Iwan dah mula dekatkan diri dengan Pencipta-Nya.


Nak sambung tapi tak sihat huhuhuhu

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah