Posts

Showing posts from March, 2011

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yang sabar

Image
Kekadang aku pelik dengan perangai orang yang tak pernah puas n bersyukur dengan apa diorg dapat. Contohnya bila tak dapat bonus merungut dah dapat bonus pun merungut. Lepas tuh luahkan perasaan kat laman2 sosial. Bila org baca status kat laman2 sosial tuh tak pasal2 orang cop sebagai orang yang tak bersyukur. Bersyukurlah... ramai orang kat luar sana yang dah kerja bertahun-tahun tak dapat bonus. Dan bersyukurlah kerana anda mempunyai pekerjaan tetap. Tak seperti sesetengah orang macam aku nih kerja pun tak setimpal dengan kelulusan yang aku ada. Tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya dapat menampung kehidupan aku seharian. Maybe aku tak tau apa yang terjadi kat hal ehwal dalaman company diorg tapi kalau dah rasa satu penindasan drpd company apa tunggu lagi, berhenti n cari lah kerja lain. Sabarlah, kalau da rezeki kita tak kemana! aku: bersyukur kadang2 dpt bonus tak sampai suku pun gaji kita :)

Saya nak kaya? sila baca mesej kat bawah nih

Image
Sapa yang tak nak kaya. Semua orang nak kaya. Nak pakai kereta besar, rumah besar dan segala macam lagi yang besar2 lah. Tapi pada pendapat aku bila kaya pun susah gak silap2 lupa diri n jadi sombong mcm 'Nachbar' aku. Takpun malam2 tak tidur lena sbb takut orang rompak kita.  Masa xberapa nak kaya dulu tak tidur malam sbb memikirkan mcmana nak bayar hutang. Tapi bila da kaya takut menda lain plak. Pada pendapat aku, belanja tuh berpada2lah jangan sampai hutang keliling pinggang, orang pakai mercedes kita nak pakai bmw. Pada aku asal cukup makan minum tempat tidur n pakaian sudah cukup utk aku. Ya tak dinafikan fitrah manusia macam2 keinginan ada. Tapi berpada2 lah jangan sampai nak kaya sangat sanggup menipu orang takpun sampai menyusahkan orang. Beberapa taun lepas aku pernah diajak masuk satu MLM terkenal nih siap bawak org atas dia yang pakai kereta yg harga setengah juta. Aku kurang berminat lebih2 lagi dia suruh aku buat pinjaman 20K. Walaupun dia umpan aku m

Dulu saya ulat buku gak tapi internet merubah segala2nya

Image
Antara koleksi-koleksi buku aku Masa aku kecik2 dulu aku ni boleh lah dikategorikan ulat buku tahap 5 (ada ke tahap ulat buku?). Yelah masa dulu mana ada Astro, internet & facebook. Masa tu buku  dan komik jerlah tempat aku nak berimiginasi selain cerita2 kartun kat tv heheh. Family aku bukan orang senang nak beli buku saja2 gitu jer so masa sekolah rendah dulu aku paling suka waktu yang pergi library sekolah pastu boleh pinjam dua buku kat situ setiap seminggu sekali. Buku2 yang aku suka baca contohnya buku2 yg adventure macam Enid Blyton, siri Salmah, Hardy Boys, siri  budak kembar kat asrama (lupa dah nama siri tuh) n tak lupa gak cerita2 fairy tale n macam-macam lagi lah. Bila teringat balik aku pernah berangan yang aku ada library mcm kat sekolah tuh kat umah sendiri. Satu bilik penuh dengan buku2 fav. aku. Masa tuh mampu berangan jelah. Jgn ckp masa tuh skrg pun masih berangan lagi heheh. Fanatik dengan buku buat aku teringat cerita lama. Masa tu aku  baru

Hello March!

Image
Sekejap jer dah sampai bulan 3. Rasanya baru jer aku post wish new year harituh. Sekejap jer kan masa berlalu? tup tup jer nanti da bulan 12 n nak masuk tahun 2012. Ok gak sebab cepat sikit kereta aku abis bayar. Tapi boleh tak umur xyah tambah? Aku pun da lama tak post apa2. City Ville amat melekakan aku n ditambah dengan masa yang tak berapa nak cukup. Aku igt next month Insya Allah aku nak try puasa sebulan lebih sampai aku pegi Umrah. Aku nak buang lemak-lemak kat badan aku sikit dan buang sifat-sifat malas yang ada kat dalam diri aku :). Perasaan aku sbnrnya bercampur baur.. gembira, takut semua ada. Aku gembira sbb akhirnya aku kalau dgn izin-Nya dapat menjejakkan kaki ke tempat idaman aku dan juga semua umat2 Islam kat dunia ni n dalam masa yang sama aku takut... takut dosa-dosa yang aku buat akan dpt balasan masa kat sana. Mak aku pun dah sound aku sbb aku tak hafal-hafal lagi ayat2 n doa 2masa kat sana nanti. Doa-doakan lah ek aku selamat pergi dan selamat pulang d