Saya nak kaya? sila baca mesej kat bawah nih
Sapa yang tak nak kaya. Semua orang nak kaya. Nak pakai kereta besar, rumah besar dan segala macam lagi yang besar2 lah. Tapi pada pendapat aku bila kaya pun susah gak silap2 lupa diri n jadi sombong mcm 'Nachbar' aku. Takpun malam2 tak tidur lena sbb takut orang rompak kita.
Masa xberapa nak kaya dulu tak tidur malam sbb memikirkan mcmana nak bayar hutang. Tapi bila da kaya takut menda lain plak.
Pada pendapat aku, belanja tuh berpada2lah jangan sampai hutang keliling pinggang, orang pakai mercedes kita nak pakai bmw. Pada aku asal cukup makan minum tempat tidur n pakaian sudah cukup utk aku.
Ya tak dinafikan fitrah manusia macam2 keinginan ada. Tapi berpada2 lah jangan sampai nak kaya sangat sanggup menipu orang takpun sampai menyusahkan orang. Beberapa taun lepas aku pernah diajak masuk satu MLM terkenal nih siap bawak org atas dia yang pakai kereta yg harga setengah juta. Aku kurang berminat lebih2 lagi dia suruh aku buat pinjaman 20K. Walaupun dia umpan aku macam.2 Jawapan aku tetap sama aku tak berminat.
Walaupun aku belum bekeluarga tapi aku tak sanggup gadaikan masa aku dgn family aku dgn pergi ke sebuah rumah ke sebuah rumah, masuk kampung ke kampung, balai raya ke balai raya, dewan ke dewan semata2 kerana duit. Sampai anak2 terabai semata2 nak kaya.
Kalau orang tanya aku tak nak jadi kaya ke? jawapan aku senang jer, Saya bukan mata duitan!
sekian, terima kasih!
awanungu: aku mintak maaf kalau ada orang tersinggung dengan ayat aku kat atas ni. Bukan niat aku nak menyindir or apa tapi ini pendapat aku. Bacalah dengan minda terbuka n kalau rasa pendapat aku tak betul buatlah sesuatu dan buktikanlah kepada aku. Insya Allah, aku tak akan rasa kecewa or menyesal or iri hati kerana itu rezeki masing2 n maaf sekali lagi.
Comments
Post a Comment