Skip to main content

Hasil Menabung

Ingat tak ngan entry aku last year pasal Menabung tuh? Aku lom story lagi pasal apa jadi kat tabung tuh. Aku ikut tak plan aku tuh atau aku sekadar hangat-hangat tahi ayam ke?

Ini ler rupa tabung aku
Alhamdulilah, berjaya juga aku menabung ikut apa yang aku rancangkan. Gigih tau. Lagi-lagi kereta dah abis bayar. So memang lagi memudahkan plan menabung suka-suka aku nih. Walaupun ada lah ter'miss' menabung sebab bulan tuh kekeringan, tapi alhamdulilah dapatlah beli barang yang aku hajati.

iPhone 7

Sebab aku tak sabar nak beli iPhone 7 ni so aku 'pecah'kan tabung aku nih cepat daripada dijadualkan iaitu masa bulan November tahun lepas. Memang tak cukup duit tabung for fun aku tuh tapi guna lah duit tabung lain dulu ekekek. Alah lagipun sikit jer guna duit tabung lain tuh. Suku jer drpd harga henpon nih. 

Payah betul nak beli henpon nih boring betul. Mula-mula gi Aeon Tebrau City. Tak tau lah pulak Aeon tuh dah renovate. Dah berzaman tak pegi situ. Terkena kejutan budaya kejap. Pastu g lah satu kedai yang jual barang-barang apple kat situ. Tengok dalam stok list yang kuar kat FB diorg mmg ada lagi henpon yang aku nak. Tapi bila tanya cakap dah abis. Adoiii dah lah susah2 pegi jauh2 ngan parking berebut n jalan kaki jauh. Tambah sakit ati lagi bila FB kedai tuh refresh stok list as at 2.00 pm n tulis henpon yang aku nak ada stok! apa kebenda weii?? Padahall aku datang pukul 12 tghari. So aku assume memang sale girl tuh mmg takmo jual ngan aku. Ikutkan hati nak gi branch dia satu lagi kat City Square hari yang sama gak. Tapi akak aku suruh sabar.  Esoknya pepagi meh ler gi City Square pulak. Alhamdulilah ada stok. Senang jer beli kat situ. Takde banyak songeh. Dia pun happy sebab dapat komisen hahaha.

Kalau tau baik gi City Square terus. Takya lah pegi Tebrau City tuh. Orang pun mcm semut. Ramai gila. Rimas aku. Nak makan pun sampai ada restoran yg dah abis makanan. Tapi sebab nak g Kaison punya pasal tuh yang gi situ. Tapi Kaison pun tak pegi sebab panas ati ngan kedai buah apple tuh.

Pening kepala tengok orang ramai Aeon Tebrau City tuh. Belum Ikea Tebrau yang kat sebelah tuh siap n bukak. Memang mau ada aku amik cuti semata g hari kerja or tak pegi langsung. Memang lokasi tak best langsung Ikea tuh. Nape tak buat kat Iskandar Puteri or nama lamanya Nusajaya. Sebesar alam area tuh ngan highway semer memang sonag lah. Tapi nak buek camno kan Ikea dah beli tanah tuh dah lamo kan since 2008 kot. Apa pun bukak kat mana pun Ikea tu yang confirm mesti jem n penuh. Confirmlah!

Yang Kaison tuh aku pegi kat Paradigm Mall Johor Bahru or nama lamanya Kemayan City. Tak sabar tull tunggu shopping mall tuh bukak. Katanya Sogo pun nak bukak situ. Tak sabar!

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.