Menabung sesi 2016/2017

Heheh ini adalah kesinambungan entry Menabung last year yang mana Hasil Menabung aku tuh dah selamat berada dalam akaun bank tauke kedai Machine.

Tahun nih aku still continue menabung n actually aku dah start daripada last year iaitu bulan November 2016. Yelah kan aku dah korek tabung aku bulan tuh so kena lah start balik bulan yang sama.

Actually kan seronok tau buat tabungan gini. Kalau lah aku tahu, aku dah start awal daripada awal-awal aku kerja. Tak boleh simpan besar-besar, kita mulakan dengan simpan kecil-kecilan dulu kan. Boleh lah aku beli apa-apa barang yang aku suka untuk reward diri sendiri tanpa ada kekesalan hihihi. Sebab aku memang dah khaskan hasil tabungan nih untuk aku suka-suka dan berjoli beli barang yang aku suka.

Don't worry. Aku ada satu tabungan bulanan yang lain yang memang aku tak sentuh pun tabungan tuh kecuali betul-betul susah dan nilai tabungan lagi tinggi daripada tabungan suka-suka ni. Aku jugak ada satu tabungan untuk menampung perbelanjaan aku seharian hasil dari baki gaji dan bonus aku tiap-tiap bulan.

Untuk menabung sesi 2016/2017 ni aku ikut plan ni:-

  • RM100 - Sekali sebulan je so RM100 x 12 bulan = RM1,200.00
  • RM50 - Sekali sebulan jugak so RM50 x 12 bulan = RM600.00
  • RM20 - Setiap minggu sekali so RM20 x 4 minggu x 12 bulan = RM960.00
  • RM10 - Setiap minggu sekali so RM10 x 4 minggu x 12 bulan = RM480.00
  • RM5.00 - Anggap tak wujud. So kena masuk tabung. Anggaran tak boleh anggar hihihi.

Insya Allah kalau takde aral melintang, bulan November 2017 aku ada RM3,240.00 dalam tabungan aku (tak termasuk yang RM5 tuh sebab tak boleh buat anggaran lagi).

RM1.00 aku dah tak kumpul dah. Jenuh nak pegi tukar. Nak pegi bank tak sempat. Nasib baik ada yang nak tukar sebab bagi anak-anak duit sekolah. Kalau tak jenuh sales girl Machine tuh nak kira satu-satu hahaha. So this year nak beli apa yer. Hmmmmm huhuhu.

Lama dah tak g travel.
Rindu rasanya.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat