Skip to main content

Tukar kereta

Sapa lah tuan baru kamu ya.

Last year aku dok berkira-kira nak tukar kereta. Yelah masa tuh baru jer habis bayar kereta, tuh yang dok fikir nak tukar kereta. Siap buat entry lagi. Masa tuh mcm nak tukar Bezza, arwah mak pun cakap kereta tuh lawa. Tapi last-last dia ckp tak payah tukar membazir duit jer sebab kereta lama cantik lagi. So kita pun tak tukar lah sebab memikirkan baru nak rasa enjoy habis daripada beban hutang. 

Bulan 9 haritu, kereta aku dah nak sampai masa nak servis n memang banyak benda nak tukar. Sebelum tuh borak2 ngan abang-abang aku n tetiba aku mintak pendapat diorg nak tukar kereta. So diorg memang lah suruh tukar termasuk akak-akak aku.

Dengan fikiran singkat, esoknya terus pegi Perodua Jalan Tampoi. Myvi 1.5 buat discount besar-besaran RM5,500.00. Terus setuju nak tukar. Bila bagitau kat group whatapps family, abg aku ckp dia nak clear stok lah tuh sbb myvi baru nak masuk.

Terus google cari gambar myvi baru, yang keluar gambar Daihatsu Boon ngan Toyota Passo. So aku igt Myvi baru akan guna model diorg gak mcm biasa. Tengok mcm tak lawa. Lawa lagi yang lama. So aku decide beli jer lah kalau yg model baru kang nanti takde discount RM5,500.00. Tapi letak syarat kat dealer nak yang biru jer kalau takde aku kansel.

Dalam 1 hari loan aku approve n lepas sign agreement 3 hari lepas tuh dapat lah kereta. Banding masa beli myvi lama 3 bulan jugak baru dapat.

Tapi kan lepas 1 bulan aku pakai myvi biru aku ni kan, rupanya-rupanya Myvi 2018 lagi merecik kauuu! Rupanya design sendiri. Adoiii terus cam ada rasa terkilan sikit lah. Yang terkilan tuh sebab myvi baru tuh ada ECO MODE mcm kereta axia & bezza. Jimat minyak. Lagi design tuh perghhh mcm Volkswagen Golf pun ada.

Tapi takpelah kalau beli model baru memang aku tak tak dapat diskaun besar tuh n mesti buat loan 9 tahun sebab nak bayaran bulanan kecik. Model lama pun lama lah sekurang-kurangnya kereta baru n gear auto.

Akhirnya aku pakai kereta auto jugak. 

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.