Raya yang suram 4
Sambungan daripada Raya yang suram 3.
Minggu raya tuh ramai ahli keluarga aku ada dirumah. So aku amik keputusan untuk berkerja pada 4 Syawal/28 Jun 2017 sebab minggu depan semua akan balik ke rumah masing-masing. Alhamdullah aku dapat bos yang memahami. Dia beri aku amik cuti selama mana yang aku mahu untuk menghabiskan masa-masa terakhir dengan mak.
ICU kat JSH |
Minggu raya tuh ramai ahli keluarga aku ada dirumah. So aku amik keputusan untuk berkerja pada 4 Syawal/28 Jun 2017 sebab minggu depan semua akan balik ke rumah masing-masing. Alhamdullah aku dapat bos yang memahami. Dia beri aku amik cuti selama mana yang aku mahu untuk menghabiskan masa-masa terakhir dengan mak.
6 Syawal/30 Jun, masa aku kat opis akak aku call minta aku call mana-mana private hospital untuk mak buat dialysis. Tak sanggup kami lihat mak terseksa sebab tak dialisis. Aku call pihak PSH. Mula-mula diorg tak nak terima. Lepas tuh akak aku call pulak diorg dan mereka setuju untuk datang dengan ambulan ambil mak kat rumah. Tapi bila sampai di emergency PSH, diorg tak dapat nak buat apa-apa sebab pakar masih bercuti hari raya. Aku telefon pulak JSH pulak, alhamdulilah ada pakar kat JSH dan dia setuju untuk review kes mak aku. Tapi diorg tidak boleh memberi apa-apa jaminan memandangkan keadaan mak aku yang dah kritikal. So pihak PSH pun hantar mak aku ke JSH.
Setelah beberapa jam di emergency, pakar nefrologi buat keputusan untuk masukkan mak aku dalam wad ICU sebab keadaan mak aku ketika itu sangat kritikal. Masa tu doktor panggil kitaorang suruh cerita koronologi dari mak aku mula-mula masuk PSH, sampailah ke GH dan last sebelum msk JSH. Doktor pun tak faham mengapa masa di GH mak aku tak dibawa untuk dialisis.
Doktor amik keputusan untuk dialisis mak aku. Tapi kitaorang ada dua option. Satu dialisis guna mesin dialisis biasa selama 6 jam tapi risikonya jantung mak aku boleh terhenti bila-bila masa dan nombor dua menggunakan mesin dialisis yang perlahan selama 2 hari dan kos untuk gunakan mesin tuh adalah RM8K sehari risikonya jantung mak boleh berhenti kerana pembersihan darah tuh lambat. Setelah berbincang kitaorang amik keputusan untuk guna mesin dialisis yang biasa selama 6 jam. Ini yang terbaik untuk mak dan risiko yang perlu kami tanggung memandangkan kos di ICU untuk sehari boleh mencecah RM10K.
Malam tuh malam yang paling panjang yang pernah aku tempuhi. Menunggu diluar bilik ICU dan sekali sekala masuk untuk lihat keadaan mak. Pukul 12 malam kami pulang ke rumah dan nurse memberi jaminan akan telefon kitaorang jika denyutan jantung mak aku lemah. Alhamdullilah mak aku kuat dan mungkin kerana mak intubated dan disambungkan dengan mesin ventilation.
Sambung Part 5.
Esok pagi 1/7/2017, kami melawat mak di hospital. Mak masih belum sedarkan diri. Result darah keluar tapi masih ada yang tinggi lagi especially kadar urea. Untuk pengetahuan urea yang tinggi boleh menyebabkan serangan jantung. So doktor pakar amik keputusan untuk dialisis 6 jam lagi. Actually doktor pakar nih adalah salah seorang doktor pakar yang rawat mak aku masa dia masuk JSH dulu masa tahun 2012. Ada dalam entry yang ni.
Esoknya 2/7/2017 (Ahad) keadaan mak masih sama. Result darah yang keluar ada menunjukkan penurunan. Tapi ada yang masih tinggi. Harini tak buat dialisis sebab dah buat untuk 12 jam selama 2 hari. Mak pun belum menunjukkan sebarang respon bila dipanggil. Hari tu pihak hospital call minta tambah deposit. Kitaorg satu keluarga berbincang apa yang terbaik untuk mak. Dana kami dah hampir habis memandangkan mak juga masuk ICU di PSH 2 minggu sebelum tuh. Option yang ada dishcarge mak under AOR (at own risk) atau transfer di GH.
Comments
Post a Comment