Ikea Tebrau, Johor Bahru

Dah setahun Ikea Tebrau bukak. Baru sekarang aku nak update kat blog. Aku kan dah lama tak post apa-apa kat blog nih kan. Gambar kat handphone dah beribu-ribu n aku pun rindu nak berblog. Walaupun takde orang baca blog aku nih.

Ayip n meatballs

Dulu sebelum Ikea Tebrau belum bukak, kalau pegi KL mesti nak pegi Ikea. Tapi jarang-jarang dapat peluang makan sebab tak sanggup nak tunggu tempat kosong. Selalu beli karipap kat kafe jer. Ikea Mutiara Damansara kan selalu ramai orang jer so memang tak sanggup nak menunggu kat sana.

Meatballs

Aku pergi masa hari ketiga Ikea bukak. Rama gila orang. Nak makan pun beratur panjang. Tapi nasib baik dapat meja kosong. Tapi itu masa mula-mula bukak. Biasa lah kan. Orang kan tak menyabo macam Ikea tuh bukak seminggu jer. Sekarang ni kalau pegi memang mudah ler. Aku selalu pergi hari sabtu pukul 11 pagi. Memang nyamannn sangat sebab orang tak ramai. Kerusi meja pun banyak yang kosong.

Fav aku ni. Tapi skrg nih takde ganti ngan lamb shanks

So sekarang ni sebulan sekali mesti pegi Ikea. Pegi untuk makan sebenarnya. Senang sebenarnya pegi Ikea Tebrau ni. Tak sesak. tak berebut-rebut. Masa mula-mula jer sesak n beratur panjang nak beli makanan. Meja pun berlambak n senang nak dapat. Ikea Tebrau adalah Ikea yang terbesar di Malaysia. Lebih sedikit sizenya daripada Ikea Cheras.

set breakfast

Apa-apa pun terima kasih Ikea kerana bukak cawangan yang ketiga Malaysia di Tebrau, Johor Bahru. Dapat lah makan popia awak yang sedap gila tuh. Teringat kenangan pegi Ikea Mutiara Damansara tahun 2006 borong macam-macam lepas tuh balik naik bas bawak beg kanvas besar yang jalur merah biru tuh. Kelakar betul.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat