Rindu
Rindu. Siapa tak rindu. Haritu masa ada problem kat office rasa sedih sangat. Selalunya lepas balik rumah mesti aku cerita kat mak. Lepas tuh keesokan harinya bila nak pergi kerja lepas salam dia aku mintak dia doakan semoga hari aku dipermudahkan. Aku dah hilang doa itu. Bila ada problem haritu memang sedih sangat sebab aku baru realize yang dah tiada siapa nak doakan aku. Suami tiada anak pun tiada. Sedihh.
Kubur arwah mak Disember 2017 |
Pergi kubur arwah mak tengok pokok bunga ni dah naik tinggi. Nak kena trim pokok ni. Batu nesan pun dah tak nampak. Tempat yang paling suka aku pergi kubur arwah mak. Rasa macam jumpa dia je kalau pergi sini. Rindu yang paling sakit adalah rindu yang tiada berpenghujung. Sakitnya tuh macam duduk kat celah-celah hati kita tak mau keluar. Aku sekarang kalau dengan lagu-lagu yang irama tahun 80-an or 90-an confirm meleleh air mata. Sebab time tu teringat kenangan masa mak n ayah aku ada lagi n adik beradik aku ada 8 orang. Sekarang tinggal kami berenam jer. Dua telah pergi tinggalkan kami dan ikut ayah dan mak aku ke alam yang abadi.
Kubur arwah mak Disember 2018 |
Kalau pergi kubur arwah mak, mesti singgah kubur arwah abang. Belum setahun mak pergi, arwah abang pulak mengikut mak ke alam barzakh. Rumput tuh hasil usaha adik-adik arwah iaitu aku n abang aku sebagai tanda kasih kepada seorang abang. Hanya doa yang aku mampu titipkan kepada ahli-ahli keluargaku yang telah pergi untuk selama-lamanya. Aku pun satu hari nanti akan pergi jua. Hanya masa sahaja yang menentukan.
Kubur arwah abang yang meninggal bulan puasa lepas. Tak jauh daripada kubur arwah mak. Dalam 10 meter je |
Selamat Tahun Baru 2019.
Comments
Post a Comment