Posts

Showing posts from August, 2013

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Image
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56! Heee tapi Merdeka tahun ni kureng feeling sikit sebab kena hari Sabtu. Tapi orang yang kerja hari Sabtu syok leh kan sebab cuti.

Wishlist

Image
Sangat-sangat teringinkan mesin kopi ni. Teringin sangat.

Kanak-kanak tua

Image
Cover iPhone kanak-kanak tua umur 33 tahun++ I tak pernah rahsia umur i tau. Kalau nak tahu rahsia awet muda, jgn rahsia pasal umur. ekekekeke

SSID

Image
Dah basi. Tapi tak kira nak upload gak. Sebab aku baru layan buku nih. Pantang ada cerita comel kat tv. Mulalah cari novel kalau based daripada novel.

Ayam Pandan

Image
Dah lama nak cuba resepi nih. Tapi tak tercuba2 lagi. Macam senang je kan?

Al-Fatihah

Image
1929 - 1998 Tepat jam 12.05 tengahari, 28 Ogos 1998 tahun masihi Orang yang paling aku sayangi telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Kalau ikut tahun masihi, dah 15 tahun Arwah Bak aku pergi buat selama-lamanya. Dah lama tak ziarah kubur dia. Raya haritu xdpt pergi sebab aku tgh cuti. Insha Allah bila ada kelapangan waktu dalam masa terdekat nih aku akan pergi menziarahi kubur dia. Terima kasih Bak kerana membesarkan kami adik beradik. Tiada harta yang lebih bernilai daripada ilmu dunia dan akhirat yang arwah tinggalkan untuk kami. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Haji Wahid Kayat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah

Bahaya kan!

Image
  Selalu jumpa lori lebih muatan macamnih. Bahaya betul lah. Ada sekali lori bawak konkrit putus kot talinnya. Nasib baik takde kereta kat sebelah. Harap pihak2 berkenaan pantau2 lah keadaan kat JB nih. Jgn ada sampai org hilang nyawa mcm tragedi kat Subang dulu.

Cover iPhone

Image
Macam budak-budak kan aku? Padahal dah tua ekekeke Kalau aku pakai jeans & tshirt org mesti tanya aku belajar kat mana? muskil aku ekekekeke

Happy Birthday to U!

Image
Sesi membodek! full stop!

Biskut Hwa Tai - U Lite

Image
Sedap biskut nih. Ringan jer. Buat alas perut masa kat opis antara breakfast ngan lunch pun boleh. Sedapppp

Cerita Raya 3

Image
budak kena dos ubat demam Malas betul nak bukak laptop sekarang nih. Harituh pos pasal hantaran tuh pun dari iPad je. Banyak sangat kerja kat office sampai semput nak kejar. Terus dapat MC ko.  Hari ni Sabtu pun aku keje. Sampai pukul 4 ptg tuh. Post kali nih aku nak cerita last pasal raya (kot) Masa pagi-pagi raya tuh aku masih dok tak habis mengemas. Kalau sesiapa datang umah aku sebelum raya mesti kagum tengok gambar kat atas nih. Hahahah Juadah wajib di pagi raya. Tak kira raya puasa or raya haji. Mesti ada hidangan ini. Cuma ketupat palas tuh sejak tahun lepas ada. Akak aku order dari kawan dia. Yelah orang Johor mana reti buat ketupat palas. Ketupat nasi reti ler. Kuih dan muih raya untuk para tetamu Jangan marah 3 tingkat kek aku letak hihihi. Tahun nih tak boleh banyak biskut pun. Plan nak buat tapi last minit rasa malas Walaupun ada oven baru yang kalau bakar biskut takyah masuk sikit2 satu adunan pun boleh masuk semua.

Tortila Wrap

Image
Tortila wrap nih sangat sodap bila dibuat berbuka. Aku memang simpan dalam peti ais kat umah aku. Senang. Kalau lapar2 or takde kuih muih nak bawak bfast kat opis. Macam-macam boleh buat ngan tortila nih.

Senja

Image
Dah lama tak amik gambar-gambar mcm nih Dulu masa pakai Nokia mmg suka amik gambar cam nih Tapi sejak pakai epal nih malas lah plak. Apa-apa pun aku akui, kalau gambar2 camnih pakai nokia lagi lawo. Sekian. Nokia takdo instagram n segala macam apps sebab tuh aku beralih arah.

Cerita Raya 2

Image
Cerita sebelum raya... Berberapa siri buka puasa kat rumah ngan family. Buka puasa kat umah jer. Gambar kat atas nih budak-budak beratur nak amik makanan. Time nih abg aku n family dia kat Shanghai tuh dah nak fly balik ke Shanghai Ngeee wall paper baru n tangga baru. Minggu terakhir berbuka puasa ngan abg aku n family. Di gambar kelihatan cucu-cucu saudara aku. 2 hari nak raya. Buka puasa ngan akak aku n family dari Shah Alam. Gambar buka puasa takde. Gambar ngayam ketupat. Paling cepat anyam 100 biji ketupat. 2 jam dah selesai sebab ramai pembantu.

Sunset

Image

Cerita Raya 1

Image
Sebab susah sgt nak memikir pasal tajuk so aku buat tajuk cerita raya 1, 2, 3 sampai berapa2 lah ye. Senangkan. Kalau tak payah betul nak pikir tajuk. Isi dah ada tapi tajuk yang payah. Duit raya dah ready nak bagi pada mak, makcik aku, anak-anak saudara, cucu-cucu saudara, anak-anak saudara-mara yang datang, anak-anak kawan dan budak-budak yang datang beraya. Ada juga duit raya bagi pihak abg aku yang nun jauh kat Shanghai tuh.  Masih mengekalkan formula yang sama untuk anak-anak n cucu-cucu saudara aku. Sudah 3 tahun pakai formula yang sama. Setiap tahun ada jer anak saudara aku yg dah kerja. So boleh potong list. Tapi list tetap bertambah sebab anak saudara aku yg dah kahwin dpt anak. Hihihi doakan ajer makcik/tok mu ini murah rezeki ya. *entry ini di karang sebelum arwah makcik aku meninggal. Duit raya terakhir utk arwah.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Image
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah ibu saudaraku yang telah meninggalkan kami buat selama-lamanya pada Subuh Rabu 14 Ogos 2013 bersamaan 7 Syawal 1434. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. Sedihnya hati ini. Apa-apa pun mati itu pasti. Arwah antara makcik yang paling rapat sekali. Adik kepada Mak aku. Last jumpa arwah 4 hari yg lalu. Beraya di rumahnya. Suka arwah tengok kitaorg satu family beraya rumah dia. Tak sangka itu kali terakhir jumpa dia. Tak sangka dia pergi untuk selama-lamanya. Ya Allah, masih terbanyang2 wajah n masih terngiang2 suara dia kat telinga ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Bakso

Image
Hihihi gambar makanan jer ek aku pos. Masa raya ketiga sedara mara dtg umah akak aku buat bakso jer. Bakso resepi malaysia. Ada ekor lembu ngan tulang. Sedap gila. Dah lah daging kat tulang2 tuh sangattttt lah lembut Tapi nih gambar bakso beli. Sebab tak sempat ambik tengok dah licin masuk perut. Cer tengok meatball kat bakso tuh? Besar gabak kan? Tapi aku pernah tgk lagi besar masa gi Bandung. Adehh bila nak post pasal trip aku gi Bandung daaa Next month ada lagi satu trip ke Indonesia. Bandar mana tuh nanti balik baru aku kasitau. Cuti2 Indonesia lah katakan tahun nih hehehehe

Esok sudah kerja! Yeay!

Image
My mom with her 5 of 24 of her grandkids So how's your raya? Bajet camner? ada tergelicir tak? Bajet aku tergelicir sikit. Tapi bukan sebab belanja raya. Tapi kena bayar hutang2 telekom masa duduk shah alam dulu. (haishh apa lah nasib aku mode: geram) Nak2 raya nih kena call suruh settle dulu hutang telekom Seribu lebih jugak tuh. Orang lain yang bercinta aku plak yang kena Kalau tak nak disamanya aku. Diorg ckp nak fail dah saman kat Mahkamah Majistret KL. Nyosal betul tak potong jer line sebelum balik JB dulu. Tuhlah buat baik tuh berpada-pada lah yer. *ketuk kepala igtkan diri sendiri* Ok tutup file Telekom sbb aku dah settle guna duit kat tabung haji yg aku kumpul nak g haji (sajer jer bagi perincian detail la la la la la la la mode: bersiul pandang atas) Nak cerita pasal raya plak. My raya was so fineee. Actually aku da raya awal. Perempuan biasalah kan. So oleh kerana aku boleh makan dan minum jadinya tugas aku sangatlah berat ya

Selamat Hari Raya!

Image
Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat diseluruh dunia Kepada pembaca-pembaca blog aku nih (kalau adalah) aku mohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa dalam penulisan di blog aku ni. Kepada yg balik kg tuh berhati2 di jalan raya. Ok aku dah penat. Pecah rekod mlm raya tidur pukul 11 lebih. Selalu 12 mlm masih kat dapur lagi. Alhamdulilahhhhhh 

Duit raya

Image
Cantik tak sampul raya ariani nih? Akak aku yg kasi n duit nih pun bukan duit aku. Aku tolong masukkan dlm sampul jer. Duit aku belum sampai laie huhuhu. So anak2 saudara n cucu2 saudara ku jgn lupa berbaris salam ngan mak usu or tok su kamu nih ye next week. Heheheheh