Cerita Raya

Ke laut diet aku!
Raya dah nak abis baru nak keluar post pasal raya tahun nih. Cerita raya aku tahun ni nak start pasal juadah raya. Tahun ni agak stress masak untuk raya. Nak jadi cerita Allah dah bagi aku cuti awal so aku kena buat kerja sorang. Sorang ok. Akak aku tahun ni tak tahu lah kena sawan tidur kot. Kejap-kejap tidur. Pegi solat Zohor lepas tu tidur. Bangun masa dah nak Asar. Itu pun duk relax lagi. Arghh geram. So aku kena sediakan bahan-bahan untuk juadah raya. Nasib baik anak saudara aku ada so dia dah sediakan periuk n dapur untuk masak ketupat.

makcik dia ke laut mengayam ketupat
Seawal jam 6 pagi aku dah keluar pegi pasar dgn akak aku. Nasib baik pasar belum ramai orang. Senang sikit nak belanja. Lepas tuh pegi rumah akak aku kat Taman Kenanga amik ketupat yg siap dianyam. Upah anak-anak saudara aku anyam ketupat. Balik rumah dah pukul 8.30 pagi. Bersilat sorang-sorang kat dapur sediakan bahan-bahan untuk memasak. Bersihkan ayam, potong daging, kupas n potong bawang, gunting lada kering, bersihkan sayur, goreng bahan-bahan untuk sambal goreng n macam-macam dari pukul 10 pagi sampai 11 malam. Last-last akak aku datang sengeh-sengeh cakap dah siap boleh tidur. Esok pagi dia masak semua. Phewwwww!

Juadah raya rumah aku tahun ni:-

Ketupat Nasi
Ketupat Palas (beli aje dah siap)
Kurma Ayam
Rendang Daging
Sambal Goreng Pengantin (yg ni paling leceh tapi paling sedap)
Sayur Lodeh
Sambal Telur Puyoh

Alhamdulilah tahun nih licin juadah raya aku. Ketupat pun terus habis raya pertama. Tiada pembaziran berlaku tahun ni.

Ketupat Palas & Rendang Daging

Kenangan buruk makan ketupat palas sebelum tidur. Alhamdulilah umur aku masih panjang. Tercekik muntah sendiri ketika tidur akibat makan ketupat palas. So lepas nih aku jangan gatal-gatal nak makan pulut waktu malam ye. Kena ingatkan diri sendiri!

Comments

  1. ida..menu raya ko bias wat aku ngences wooo..lbh2 lgi sambal goreng..seb baik turn ry jhr dpt le makan puas2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tabung Haji