Cerita Raya 2

Pagi raya disini
1st day Raya, jadual aku bermula jam 4.30 pagi hantar mak aku pegi Dialysis. Dialysis tetap dylisis walaupun raya pertama. Raya pulak hari Jumaat memang jadual mak aku haritu. Tapi diorg start awal. Selalu pukul 7.00 pagi tapi sebab raya diaorang start pukul 5.00 pagi. Kitaorg yang pertama sampai ke tempat Dylisis. Lepas mak aku kena cucuk aku pun balik rumah nak tolong akak aku masak. Masa skrg ni cepat sangat berlalu kan? Pukul 9 pagi aku dah lari balik ke tempat dylisis amik mak aku balik n bawakan juadah hari raya untuk nurse-nurse yang bertugas kat situ.

Abang-abang dengan adik masing-masing. Kecuali yg kanan sekali.
Balik jer dari Dialysis aku g cari pasaraya yang bukak sebab khabarnya ayam kurma tak cukup. Raya pertama mana ada yang bukak kan. Nasib baik Pasaraya Songmart bukak. Kelakar betul semua orang tengok aku sebab aku sorg jer melayu dok belanja kat situ dengan muka tak mandi (memang tak mandi lagi pun). Balik rumah baru siap-siap. Nasib baik belum ada orang datang lagi

Rasa macam nak tutup wifi je!
This year meriah sikit cos abg aku n family yg duduk kat Shanghai dah balik Malaysia for good. So memang penuh rumah aku hari tu. Kejap je 3 tahun kerja kat sana. Dah balik pun. Tapi budak2 kat atas nih dok main game jer. Geram betul aku rasa macam nak tutup wifi je. Oleh kerana tahun ni raya hari Jumaat, ada beberapa ahli keluarga aku yang datang lepas solat Jumaat. Sampai ke petang ler rumah aku meriah dengan gelagat cucu-cucu n cicit-cicit mak aku.

Konvoi beraya
Petang raya pertama, akak aku n family sampai dengan dua kereta. Macam biasa raya kedua berkonvoi beraya kat rumah Tok Saudara aku. Kiranya tok sedara aku nih ahli keluarga yang paling tua yang masih ada lagi. This year umur dia 90 tahun. Semoga Allah panjangkan umur Tok Cik berdua. Rumah nih memang wajib pergi, This year ramai sikit. Berkonvoi dengan 5 kereta 1 mpv.

Pueh mujuk tok cik perempuan amik gambar hihihi
Lepas rumah Tok Cik, kitaorg proceed ke rumah abg aku yg kedua. Lepas tuh baru ke rumah abang yang sulong. Dijamu dengan Nasi Beriani. Fuhhh dah lapar 2 pinggan aku makan. Ke lautttttt diet aku. Nasib baik tangguh appointment doktor hihihi.

Keluarga besar saya :)

Alhamdulilah meriah raya tahun nih sebab dapat kumpul satu keluarga. Sayangnya gambar nih keluarga abang aku yg 2nd takde. Diorg tak dapat join. Raya ketiga cadang nak g Singapore, tapi orang Singapore pulak datang. So tahun nih tak raya Singapore.

Tahun nih cerita 2 bahagian jer sebab lepas raya ketiga takde benda menarik sebab dah kerja. 

Comments

  1. seronoknya tengok gambar-gambar raya..meriah sangat..best!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat