Duit Raya
Rezeki budak-budak |
Every year bos aku yang tak sambut hari raya ni bagi duit raya. Alhamdulilah. Walaupun dia tak sambut hari raya still dok fikir orang-orang yang sambut raya nih. Jumlah tuh bergantung kepada keadaan semasa dan ekonomi. Macam tahun lepas errrrr lumayannn. This year pun ok jugak lepas lah baju raya, kuih raya, hidangan raya n keperluan raya yang lain. Sejak 13 tahun kerja ngan dia memang dia tak pernah miss bagi duit raya kat staff-staff dia. Yang beza jumlah dia je. Tak sama tiap-tiap tahun. Kadang-kadang Raya Haji pun bagi jugak. Lepas tuh yang paling best bila time Deepavali pun dapat lagi.
Tapi this year special sikit. Sebelum dia pegi bercuti masa cuti raya haritu dia panggil sorg-sorg bagi sorang satu sampul kat atas duit yang telah ditukar kepada RM1. Masa tuh terpinga-pinga gak lah kan sebab tak kan dapat duit raya 2 kali kot? Rupa-rupanya bos aku nih bagi duit suruh bagi kat budak-budak yang datang rumah beraya. Alhamdulilah rezeki budak-budak yang datang rumah aku. Diorg dapat duit raya daripada aku plus dengan duit yang bos aku mintak tolong bagikan. Pemurah betul bos aku ni. Bab-bab ni dia tak lokek sebab dia cakap dia orang susah dulu. Sebab tuh dia jadi pemurah.
Susah nak dapat bos macam nih. Tapi kalau dia dah marah memang macam nak hantar surat resign ekekekek
Apa-apa pun bos jgn lupa ole-ole kitaorg bila pegi cuti ke US nanti.
Handbag sorg satu ke? hihihihi
*abislah kena rebus ngan mak tiri bila bos gi cuti nanti huhuhu
selamat hr raya ida...lama x jenjalan blog ko..wassap ko pun jarang...hehhehee..untungnya dpt bos pemurah...lama gak ek ko keje kat situ..'mak tiri' tu owner company tu jugak ke ida?
ReplyDeleteSelamat hari raya Mas. Tuh lah kan lama kita tak mengulas bersama heheh. Lama dah kerja situ dah 13 tahun. Mak tiri tuh baru jadi partner last year. tapi still bos besar yang control office kalau tak mati aku hahhaha
Delete