Cerita Sebelum Raya 2

Al-Fatihah
Minggu pertama puasa aku menziarahi kubur arwah ayah aku. Dah lama tak ziarah. Last ziarah masa cuti hari buruh bulan mei harituh. Macam biasa hantar mak aku Dialysis dulu baru pegi kesini di Tanah Perkuburan Mahmoodiah. Lepas tuh gerak ke Tanah Perkuburan Kebun Teh, menziarahi kubur arwah ibu saudara sebelah mak aku.

Glup!
Peminat-peminat durian mesti tau kan. Musim durian kali ni kena time bulan puasa daaaa. Tapi nasib baik 2 minggu sebelum puasa orang dah start jual. So boleh lah melantak dulu. Tapi tak boleh beli banyak-banyak n kerap macam dulu. Ini adalah buah larangan untuk mak aku. Bayangkan lah peminat durian tak boleh makan buah ni. Kalau nak makan pun seulas dua jer buat hilang ngencesss je. Kesian ngan mak aku kang dia terliur tgk kitaorg makan. So memang dah jarang beli lah. Beli pun sebiji dua je so kitaorang boleh makan sama-sama ngan dia. Yang kat atas nih akak aku beli masuk dalam bekas. Takdelah nampak sangat buah tuh tergolek-golek.

Duit raya
Ekonomi tak menentu tahun nih kan so duit raya sediakan ala kadar je. Memang nampak banyak duit raya nih. Tapi ni campur duit raya tahun lepas-lepas. Aku nih dok carry forward duit-duit dari tahun lepas. Duit raya aku memang payah nak laku. Anak-anak saudara pun dah ramai yang kerja so memang aku tak bagi lagi ler. Turn diorg pulak bagi kat cousin-cousin yang kecik-kecik n sekolah lagi. Budak-budak pun tak ramai yang datang rumah beraya. Maybe parents dah berhati-hati nak bagi budak-budak beraya kot.

Biskut Raya
This year tetiba rasa macam rajin nak buat biskut raya. Akak aku plak buat part time jual biskut. Dia siap packing segala bahan2 siap dengan instruction dalam satu packaging. Sebab tuh aku rajin sebab tinggal mix kan je bahan-bahan tuh. Takyah timbang-timbang lagi. Pagi-pagi lepas sahur n subuh dah dok menguli tepung buat biskut. 6 pagi sampai 11 malam. Non-stop buat biskut raya. Penat gila. Segala macam perasaan semua keluar. hahahah perasan menyesal ler apa lagi. Hihihi tapi apa-apa pun puas hati gak sebab dapat 6 jenis biskut untuk satu hari.

Jiran Chinese depan rumah bagi
Jiran depan rumah bagi for hari raya. Last year dia bagi kerepek pisang. Kitaorang pulak bagi dia biskut n kuih masa Chinese New Year haritu. Hidup berjiran kan tak kira lah Melayu ke Cina or India ke. Kita kena saling hormat menghormati. Nasib baik area rumah aku memang ok jiran-jiran. This year bulan puasa rajin jiran-jiran melayu bagi juadah berbuka puasa. Area rumah aku kebanyakannya working mom so memang payah ler nak bertukar-tukar juadah nih. Tapi alhamdulilah tahun nih ada banyak bertukar-tukar juadah. Kitaorg pun tahun  nih banyak masak sendiri jer. Bila beli kat bazar asyik sakit perut jer. Kitaorg limit satu minggu sekali je beli kat bazar. Hari lain masak. Kakak aku mengajar pagi so senang ler sikit aku. Isnin-Jumaat akak aku yang masak untuk buka n sahur n kalau aku balik cepat aku tolong. Turn aku cuma hari Sabtu & Ahad.

Lepas ni entry Cerita Raya pulak

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah