Tadika

Hujung tahun ni kalau belek FB ramai parents yang share kejayaan anak di Hari Anugerah Cemerlang. Hujung tahun juga lah result UPSR keluar. PT3 bakal keluar. Heheh.

Budak-budak sekarang dah pandai-pandai belaka. Sekarang ni kalau masuk darjah 1 kiranya 3M tuh dah ada. Membaca, menulis dan mengira. Dulu zaman aku darjah 1 rasanya lom lancar baca kot. Yelah tadika dulu tadika makan-makan jer kan ekekeke. Takat belajar ABC, 123 hihihi. Tadika sekarang dah advance. Macam-macam kaedah pembelajaran. Yang peting sediakan ongkosnya sahaja sebab rata-rata yuran bulanan sekitar RM200 - RM500 sebulan.

Baby 2008
Takde anak nak share. So aku share cerita anak saudara aku yg dah jadi mcm anak aku, Mat Ayip. Mat Ayip ni dulu ada masalah untuk bercakap. Apa yang keluar daripada mulut dia masa umur 1-3 tahun memang sepatah pun kitaorg tak faham. So kitaorg amik keputusan untuk masukkan dia ke sekolah tadika (nursery) berunsur Islamic di Taman Pulai Indah masa umur dia 4 tahun. Actually keputusan tuh dapat tentangan daripada mak aku sebab pada dia Mat Ayip terlalu kecil n takut dia bosan. Masa tuh memang susah nak suruh pergi sekolah sebabnya dia tak suka sekolah tu (kes cikgu garang hehehe). Kalau ingat balik mcm sedih pulak teringat muka innocent dia mintak tak mau pergi sekolah.

Tapi dalam tak suka gi sekolah tuh, dia survive untuk 2 tahun sampai K1. Actually sekolah tuh pun bagus juga. Cuma ada antara gurunya yang garang sikit. Masa sekolah situ, Mat Ayip dapat develop skill dia berinteraksi dengan orang ramai n sebutan perkataan pun dah boleh faham n dia boleh membaca dengan lancar masa umur 4 tahun. Kelebihan Mat Ayip adalah menghafal. Masa umur 1-2 tahun dia boleh mengulang ayat 1-3 surah Yaasin dengan hanya mendengar mama dia membaca tiap-tiap malam Jumaat. 

Bila masuk K2 (6 tahun) kitaorg decide untuk tukar ke Tadika Tahfiz di area rumah kitaorg. Kitaorng dapat info yang tadika ini bagus dari segi agama dan akademik. Lagipun nak siap-siapkan Mat Ayip ni untuk sekolah rendah. Untuk mengukuhkan skill dia dalam berbahasa inggeris, kitaorg masukkan dia ke kelas mingguan bahasa english Smart Reader (setiap Jumaat 10 pagi - 12 tghari). 

Alhamdulilah, seawal umur 6 tahun, Mat Ayip dah baca dengan lancar, buku, majalah dan subtitle  di kaca televisyen. Banyak surah-surah yang dia dah hafal dan pronunciation dia dalam english sangat baik.

Actually arwah suami akak aku n akak aku dah lama merancang nak masukkan Mat Ayip nih kat satu sekolah rendah agama kat Jalan Seelong-Senai tuh. Kiranya memang hajat dia nak masukkan kat sekolah tuh. Sekolah tuh memang susah nak masuk. Anak-anak kena buat ujian dan temuduga n mak ayah pun kena temuduga sama sebab permohonan sangat tinggi dan tempat yang sangat terhad. Alhamdulilah dah rezeki Mat Ayip, nama dia terselit dalam senarai 200 orang yang berjaya. 

Diam tak diam dah nak masuk darjah 2 dah dia tahun depan. Main reason kenapa kitaorng masukkan dia kat sekolah rendah agama swasta sebab dia boleh spend the whole day kat satu sekolah sahaja belajar ilmu dunia dan akhirat. 

Nanti kalau ada masa aku cerita pasal sekolah tuh ek.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Tersirat

Resepi: Bihun Goreng Putih