Jodoh dan pertemuan di tangan Allah...

Banyak dah aku baca cerita bab-bab jodoh ni kat Facebook.
Macam-macam cerita.

Aku selalu ingatkan kat orang-orang yang terdekat ngan aku, kalau family bakal mertua tak boleh terima kita, lebih baik kita lupakan sahaja hasrat nak masuk dalam family mereka.

Bukan nak give up gitu jer, tapi dah banyak cerita yang aku baca bila mertua tak boleh terima menantu. Nanti sendiri yang terseksa. Kalau jenis mak mentua yang boleh lembut hati takpe. Sekali dapat hati yang keras macam batu? Susah.

Bakal mentua pun satu, kenapa lah nak cerewat sangat pilih menantu.
Bersyukurlah ada orang nak anak kamu. 
Bakal menantu kamu pun ada pekerjaan yang tetap n insya Allah doakan boleh jadi imam kepada anak kamu.
Dan yang paling penting anak kamu diterima dan disayangi oleh bakal besan kamu.

Sedih aku baca rintihan anak kamu di media sosial.
Mengharapkan ibu bapanya lembut hati menerima pilihan hatinya.

Mungkin ini satu dugaan yang bakal kamu hadapi, wahai anak.
Sama ada dugaan ini akan mempunyai hikmah disebaliknya dikemudian hari ataupun sebaliknya, kita serahkan pada Allah s.w.t untuk menentukannya.

Kalau ragu-ragu dengan pilihan anakmu, buatlah solat istikarah mohon petunjuk adakah lelaki tersebut adalah terbaik untuk anakmu.

Janganlah diseksa jiwa dan raga anakmu. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat