Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Sorry doktor, raya setahun sekali je.

Salam semua. Hope aku tak terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan ampun maaf jika ada kesalahan dan kesilapan ketika aku berblog. 

Lama tak berblog. Seriously memang tak ada mood nak tulis2 ni. Tapi ada waktu rasa macam nak menulis sangat-sangat, tapi bila dah layan youtube terus dah tak ingin nak tulis. 

Hari ni kebanyakan orang dah start kerja. Sama lah ngan aku. Tapi tak boleh blah rasa bengang tak dapat cuti still ada lagi bila nampak kawan aku. Apakahhhh???

Tapi lepas tuh rasa cam tersedar buat perangai bodo macam tuh. Terus bermuhasabah diri. Semua yang terjadi ada sebabnya. Takpelah redha kan jer lah. Rezeki masing-masing kan. 

So lepas marah dengan perangai diri sendiri, aku dah buang jauh-jauh perasaaan bengang tuh.
Rasa tah macam apa-apa aku tadi. Cam budak2.
Hihihihi

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji