A y a h . . .
arwah ayah |
Actually aku terlupa yg Hari Ayah hari ahad yang lepas. Semalam bukak FB baru perasan rupanya hari ayah ahad lepas. Yelah seperti yang korg sedia maklum aku baru jer balik smlm so kureng ler amik tau perkembangan semasa masa ketiadaan aku. Aku rasa belum terlambat kot nak wish semer bapak2 kat dunia nih SELAMAT HARI AYAH. Especially kat abang2 aku n abang2 ipar aku. Cerita pasal ayah nih actually aku rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sgt kat arwah ayah aku. Rindu sgtttttt sampai kekadang bergenang airmata aku. Nak2 bila aku dgr lagu kat bawah nih.
Ayah aku pergi buat selama-lamanya pada hari Jumaat 28 Ogos 1998 jam 12.05 tengahari. masa tuh umur aku 19 tahun baru Upper 6 n lagi 3 bulan nak amik STPM. masa tuh exam percubaan STPM. Masih terigt2 lagi masa aku dpt berita yg arwah ayah aku koma kat CCU masa tuh tgh siap2 nak amik exam percubaan lukisan. Nampak kerani tuh dtg kelas aku jer aku dah berdebar sbb ayah aku da masuk spital dari malam sebelumnya. Bila kerani tuh msk kelas aku n cari aku masa tuh kaki aku da longlai rasa lemah dah. Abg aku dtg sekolah amik aku nak bwk g spital sbb Ayah aku koma n kritikal. Sedih aku tgk keadaan ayah aku n 3 hari lepas tuh Ayah yang sangat kami cintai n sayangi telah pergi selama-lamanya menghadap ilahi. Actually aku sgt susah nak terima hakikat tuh n ada beberapa kali aku demam dalam masa tempoh 6 bulan lepas ayah aku pergi tinggalkan aku.
Sedih bila mengenangkan yg arwah ayah aku tak dpt tengok anak2 dia berjaya. Masa dia meninggal anak2 dia masih merangkak nak membina kerjaya. Ayah aku bukak kedai runcit bila da pencen so dia cari rezeki sampai saat2 akhir dia. Siann ayah aku mungkin dia tetap bekerja sbb tak nak susahkan anak2 dia yang kot sbb ada isteri n anak dia yg sorg nih yg masih bersekolah. Sehari sebelum dia meninggal aku pegi pasar bayar semua hutang2 dia kat pasar (sebab dia amik ikan n sayur utk kedai dia amik harini n bayar esoknya). Bila aku pegi kedai sayur, pakcik (skrg dah arwah) n makcik yg jaga kedai tuh ckp yg ayah aku cerita actually dia da lama sakit cuma dia tak nak bagitau anak2 dia sbb dia tak nak susahkan anak2 dia sbb semua kerja. Sedih bila aku dgr cerita pakcik tuh. Sbb pakcik tuh cerita kadang2 ayah aku nangis bila dia cerita ngan pakcik tuh.
Bak... org rindu sgt2 dengan Bak. Masih terbayang2 Bak duduk kat tepi pintu tgk luo. Masih malam pertama kenduri arwah bak, org tau bak ada kat dalam bilik. org tau sbb tiba2 seluar yg bak pakai tuh jatuh kat bahu org. org tau bak nak pujuk hati org yg sedih kan? suruh org tabah n kuat semangat utk jaga mak. org janji bak selagi org masih bernafas org akan jaga mak baik2. org janji bak... orang janji...
Ayah - Aishah
Sering ku tanya mana tujuaan
namun hampa jawapannya
begitu pun masa tiada mengizinkan
perginya tinggalkan semua
perjuangan diperjuangkan
demi Tuhan dia rela
menghitung hari2 mengenang kembali
perginya bertemu Ilahi bilakah pasti
ayah... demi Tuhan ku bersyukur
pentujuknya menyedarkan kita
meskipun dosa tiap hari ku pinta
agar bersih semuannya
penderitaan dan perjuangan
jasamu tetap ku kenang...
Satu yang sedih bergumpal hati
tiada mampu kuberi
hanya doa terukir setulusnya murni
ku pinta pada-Mu Ilahi setiap hari
kan aku dah nangis..... abih mata merah nak turun bawah camner nih.. kene kelentong tido kot sbb jet lag aku tak abis lagi. Sebelum parah baik aku stop dulu kat sini. Bye! SELAMAT HARI AYAH!
Comments
Post a Comment