Posts

Showing posts from September, 2011

Di suatu pagi yang indah

Image
Alhamdulilah dpt tgk langit yang membiru Dah lama betul aku tak update blog nih ek. nih semer gara2 cityville ler nih ngeeeee. camner plak leh termain semula game nih. akak2 aku siap ckp suruh aku g umrah lagi recharge balik iman aku. cesss ampes jer akak aku nih. walaupun aku main game tapi takde lah leka mcm dulu. sebelum main cityville aku selesaikan dulu benda2 yang wajib dibuat n aku main cityville xda lah beria2 sgt mcm dulu sampai makan, tidur, mandi semua cityvill hehhe cuma rasa sayang jer ngan bandar aku tuh hehehe so aku bukak cityville mana yg terdaya aku jer. aku tak update blog nih pun sbb tak tau nak tulih apa. rasa mcm membosankan plak dgn life aku. balik2 tidur jer lah keje aku. Town of Ida hehehehe actually aku nak update masa amik photo langit membiru tuh. last week baru dpt tgk langit biru setelah sekian lama langit berjerebu. mmg pagi yg sgt indah lah hari jumaat lepas. tapi tahap kemalasan tuh mmg tak dpt nak diatasi so niat tuh terkubur gitu jer

Indahnya alam ciptaan Allah

Image
Jalan Johor Bahru - Pontian Aku ske amik gambar langit. nak2 photo langit yang membiru or masa tgh sunset. sgt indah betul alam ciptaan Allah. aku nih emo sikit kekadang tuh rasa cam nak nangis jer bila tgk langit yg lawa. yelah kekadang tuh teringat memori2 lama hihihi. nak2 time senja2 kalau drive balik umah kekadang tuh sayu jer hati aku. tak tau nape ek?. terlebih emosional kot aku nih. ada sekali tuh aku tgh bawak kereta masa balik kerja langit menguning masa nak sunset. indah2 sgt2 tapi aku tgh drive so tak dapat ler nak amik photo. area kat umah aku nih time ptg2 kalau cuaca ok mmg dpt tgk sunset yg sgt beautiful berlatar belakangkan gunung pulai. kat bawah nih antara koleksi gambar2 yg aku amik pakai nokia N8 (camera 12MP). Larkin Perdana, Johor Bahru Flyover Angsana, Johor Bahru Hujan - Larkin Perdana Jalan Johor Bahru - Pontian

Resepi: Tauhu Jepun ala hotplate

Image
tauhu jepang kegemaran aku Aku tak brp gemar makan tauhu sbnrnya. mmg anti ok! tauhu n tauge mmg bukan fav. aku. tauhu jepun or tauhu telur nih start jadi fav aku bila aku g makan2 kat restoran2 n abg aku ada order benda nih. so aku pun try la. wahh not bad n taste so goood. rasanya beza ngan tauhu biasa. so bila dah jad fav maka wajiblah aku belajar masak benda nih so that aku tak payah buang duit makan kat kedai. kali nih aku nak share resepi kegemaran aku nih secara instruction bergambar step by step hehehe. bahan-bahanya: tauhu jepun, bawang putih,  cili padi, daun saderi atau sup, udang, garam, sos tiram,  1 biji telur n sedikit tepung jagung  utk memekatkan kuah cara-caranya: hiris bawang putih, lada padi  n daun saderi or sup. potong tauhu jepun tuh.  ketebalan tuh ikut suka masing2. goreng tauhu jepun tuh dulu atas kuali.  kalau ada deep fryer lagi bagus.  oleh kerana aku mementingkan kesihatan so  aku goreng atas non stick pan.

Hypertension the silent killer!

Image
Rabu lepas aku pegi le kat salah sebuah klinik kesihatan kerajaan (KK) kat jb nih. aku g sbb selsema aku yg tak baik2 lagi. sampai hidung2 aku berdarah2 mcm aku cerita dalam post nih . so aku amik keputusan nak gi klinik gomen memandangkan cuma bayar RM1 jer hehehe. actually aku mmg serasi ngan ubat2 klinik gomen. selalunya bayar mahal2 kat private clinic tapi tak baik2 gak. membazirkan? aku mintak kuar kejap lepas lunch cos cuti tahunan aku tinggal 2 hari jer. lepas daftar n bayar rm1 nombor aku dipanggil utk msk bilik saringan. nurse tuh pun tanya aku sakit apa. aku pun ckp lah aku ada beberapa masalah. masalah pertama aku selsema yang tak baik2. so dia letak lah mcm filem kat dahi aku nak cek suhu. suhu badan aku normal. aku ckp ler ngan nurse tuh yg aku demam time malam2 jer. pastu aku ckp masalah kedua aku ialah sakit belakang. nurse tuh tanya aku ada masalah kencing tak lawas ke or sakit bila nak kencing. aku ckp takde. n nurse tuh ckp maybe sbb bdn aku nih terover sikit tuh

Yang mana satu idaman kalbu?

Image
adakah yang ini:- iPad2 atau pun yang ini:- galaxy tab 10.1 apa2 pun aku sudah buat keputusan DSLR tolak tepi dulu. skrg nih perhitungan antara iPad2 or Galaxy Tab 10.1 yer. tapi aku takleh tahan tgk iPad2 *drools*

Selamat Hari Isnin

Image
buka puasa petang nih nak makan bihun  goreng mamak Amacam harini? ada ok tak? aku rasa mmg ramai yg start kerja hari nih termasuklah aku. harini aku dok selak2 fail jer tgh nak igt balik cara2 nak buat kerja hahahaah. hari ni pergi kerja pun jalan tak jem lagi. 20 minit jer aku da sampai. selalu 1 jam. adakah org belum ramai yg balik dari kg lagi or pembukaan lebuh raya persisir pantai tuh dpt menyelesaikan masalah jem. abg aku pun belum start keje (sgttt jelous!). n harini gak aku start puasa. bukan puasa ganti yer sbb tahun nih alhamdulilah aku dpt puasa penuh. aku igt nak puasa straight sampai hari sabtu so cukup 6 hari. actually puasa dibulan bukan ramadhan nih sgtlah mencabar yer. lagi2 member2 opis aku tgh nak makan kat depan aku nih. adessssss oklah aku cabut dulu nak solat zohor plus ngan tido. tak buleh tahan weyy bau2an makanan nih hehehe.

Catatan Perjalanan Day 7 - 15: Sunday - Monday, 12th - 20th June 2011 (Part 1)

Image
Sambungan dari Part 3 kat Madinah akhirnya aku dpt jugak menjejakkan kaki kat sini Lama betul aku nak continue pengalaman aku kat tanah suci nih. sebelum aku continue ngan cerita seterusnya nih aku nak habaq mai kat korg semua yg niat aku tulih pengalaman aku nih bukan aku nak bangga diri ke apa or nak bukak aib org ke. aku tulih nih pun sbb blog aku nih lebih kepada diari hidup aku. mana tau kalau ada rezeki lagi aku pegi lagi ke boleh tgk balik blog aku sendiri misalnya nak gi Raudah nak masuk pintu mana. lebih pada panduan utk aku di masa akan dtg lah. selain tuh niat aku nak share pengalaman aku masa kat sana. mana tau sapa2 yg baca pengalaman aku nih leh terbukak ati nak kesana. tapi ada ke org  baca blog aku nih heheh. target aku nih nak abihkan pengalaman aku kat Makkah sebelum raya. tapi skrg? da msk raya ke 7 dah hahhaah. dah dua bulan aku balik umrah. still tak abis2 lagi hihihi. Insya Allah, aku boleh. Malam pertama di Makkah - 12/6/2011 (Ahad) t

Dah tinggal 2 hari je ke?

Image
my lovely niece n nephew - my all time fav.  hari raya photo - Aidilfitri 2011 Salam, camner raya korg? meriah n happening tak? mesti meriah kan? raya aku taun nih sgtlah meriah yer. rasanya mcm mencatat sejarah dalam family aku plak ehehehe. yerlah jarang sekali time aidilfitri dapat berkumpul ramai mcm tuh. selalu time raya haji jer dpt kumpul ramai2 mcm tuh. sampai ketupat umah aku pun licin tau. tak pernah2 licin mcm tuh selalu ada jer lebih n basi. sorry lah tong sampah bukan rezeki mu yer tahun nih. walaupun tak semua adik beradik aku ada (taun nih 2 org takde yer-sorg balik utara n sorg lagi mcm biasa ptg raya baru sampai) umah aku tetap penuh sampai keluar2 umah. bukan sonang nak kumpul reramai mcm tuh. allhamdulilah! hopefully satu hari nanti seluruh keluarga aku dpt kumpul sesama di pagi raya :) (yeah ungu you dreaming again!) ayor oren tuh betul2 menggoda aku tangan sapo tuh? mesti 2nd round hehehe baju ceklat: abg baju biru, agak2 plan A tuh br