Resepi: Tauhu Jepun ala hotplate

tauhu jepang kegemaran aku

Aku tak brp gemar makan tauhu sbnrnya. mmg anti ok! tauhu n tauge mmg bukan fav. aku. tauhu jepun or tauhu telur nih start jadi fav aku bila aku g makan2 kat restoran2 n abg aku ada order benda nih. so aku pun try la. wahh not bad n taste so goood. rasanya beza ngan tauhu biasa. so bila dah jad fav maka wajiblah aku belajar masak benda nih so that aku tak payah buang duit makan kat kedai. kali nih aku nak share resepi kegemaran aku nih secara instruction bergambar step by step hehehe.

bahan-bahanya: tauhu jepun, bawang putih, 
cili padi, daun saderi atau sup, udang, garam, sos tiram, 
1 biji telur n sedikit tepung jagung 
utk memekatkan kuah
cara-caranya: hiris bawang putih, lada padi 
n daun saderi or sup. potong tauhu jepun tuh. 
ketebalan tuh ikut suka masing2.

goreng tauhu jepun tuh dulu atas kuali. 
kalau ada deep fryer lagi bagus. 
oleh kerana aku mementingkan kesihatan so 
aku goreng atas non stick pan.

tumiskan bawang putih n lada padi dalam kuali 
dgn sedikit minyak. lepas naik bau masukkan udang, 
sos tiram n air sedikit masak sampai udang tuh masak.

lepas mendidih masukkan telur n tepung jagung n kacau. 
bila telur da masak, masukkan tauhu telur 
yg telah digoreng tadi dan taburkan dengan
daun sup. siap!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat