Mencari Legoland

Legoland Malaysia
Actually dah lama dah aku nak post pasal menda nih. tapi tak menyempat. bz memanjang. padahal aku dok meround nih masa bulan puasa nak raya arituh. tapi skrg nih baru dpt buat post. lama gila kan? masa tuh baru balik dari ziarah kubur arwah ayah aku. so aku pakat2 ngan 2 org akak aku n sorg anak sedara aku nak meround ke Nusajaya. sajer jer nak testing lalu highway baru or Lebuhraya Pesisir Pantai Nusajaya. sebelum tuh aku dah meround dulu malam sebelum tuh ngan anak2 saudara aku yg dari shah alam. sajer jer nak tunjuk negeri kelahiran mak bapak diorg yg semakin maju nih :p. pastu nak jugak cari mana tapak Legoland. tak sabar tunggu legoland nih bukak. tah berapa agaknya yer entry pass nyer ek? ikut schedule Legoland nih akan dibuka pada tahun 2012.

yang nih interchange kat ngan Hospital Sultanah Aminah
Keluar dari kubur mahmodiah aku keluar ikut hospital. wahh dah nak hampir siap. bila flyover nih siap kenderaan dari CIQ dah tak payah masuk jalan tun abdul razak utk ke Nusajaya or Jalan SKudai. or kenderaan dari jalan tebrau pun tak payah lah bersesak2 kat jalan tun razak if nak pegi jalan skudai or area Nusajaya. mmg jalan danga bay nih dah di upgrade kepada 6 lorong. sgt luas n lurus jalannya. nak merempit pun sgt lah tidak digalakkan. ngan umah2 mewah yg mengadap pantai lido tuh terus aku feeling mcm kat istanbul masa lalu highway tepi pantai diorg. 

flyover nih mmg ngeri aku mesti amik lane tgh tak berani amik
lane kanan or kiri. rasa cam lemah jer kaki
sampai jer kat ujung jalan danga bay tuh kena siap2 tau lane mana kita nak gi. yg kat atas nih plak adalah flyover yang menghubungkan jalan skudai - jalan tun razak, flyover yang kat tgh2 menghubungkan jalan skudai - nusajaya, jalan skudai - danga bay dan jalan kat bawah sekali plak menghubungkan danga bay - nusajaya, danga bay - jalan tun razak n nusajaya - jalan tun razak. flyover kat atas nih ler yg siap masa aku buat umrah june lepas. mula2 sebelum aku g flyover nih belum sambung lagi tgh2nya. sekali balik umrah dah boleh lalu plak. wahh sgt cepat. n secara tak langsung flyover nih dah mengatasi masalah kesesakan kat jalan skudai. tapi time pagi jerlah. bila time petang still jem lagi.

highway 6 lorong xda tol (jgn jeles yer org KL) jb - nusajaya
highway kat atas nih ada dua jambatan yang merentangi sungai danga. so mmg sapa2 yg duduk area nusajaya especially org bukit indah mmg senang lah. sbb sekejap jer nak ke pusat bandar (wahh jeles aku) 5 minit jer dah sampai. tapi buat masa ni highway nih belum siap sepenuhnya. kalau nak ke Nusajaya kena keluar dari Bukit Indah. tapi takpe takpayah bayar tol RM2.30 kat Highway Pasir Gudang - Taman Perling kalau ikut jalan nih. tapi aku ikut jalan semak samun kat belakang Nusa Idaman. actually scary ok lalu jalan nih. senyap sunyi. satu kereta pun takde. kalau kereta aku kena hijack pun mmg takde sapa yg tau. Dinasihatkan time malam jgn lalu jalan nih yer.

adakah jalan lori keluar masuk itu tapak ke Legoland Malaysia?
dari luar memang tak nampak progress projek Legoland nih. so aku pun goggle ler info pasal Legoland Malaysia nih. rupanya projek nih mmg berjalan dengan jayanya yer dan bukan termasuk dalam golongan projek2 yang terbengkalai. kumpulan sunway berhad yang jadi ketua kepala kontraktornya heheheh. camner aku tau? well aku jumpa satu blog pasal pembangunan johor nih. mmg bagus owner website nih. byk info2 yg aku leh dpt kat website nih. kalau nak tau progress Legoland tuh sampai tahap mana or apa2 projek kat JB nih boleh lah klik kat blog SUPER325 nih yer.

pinjam gambar yer Mr or Mrs Super 325 - one of the ride agaknya kot
so misi seterusnya kitaorg menuju ke Puteri Harbour. cuma pusing2 kat depan bangunan jer. malas nak turun. lagipun masa tuh bulan puasa so mmg tgh nak menjimatkan tenaga dan air di dalam badan ekekeke. so kat bawah nih adalah antara gambar2 yg di amik ketika kereta sedang berjalan disekitar Nusajaya. oleh kerana picture nih di amik oleh anak saudara aku so kualiti tidak berapa memberangsangkan.

bus stop kat puteri harbour
Puteri Harbour - Nusajaya
permandangan dari Puteri Habour - antara bangunan kerajaan negeri
antara bangunan kerajaan negeri di Nusajaya
last stop lepas round2 adalah Mydin Hypermarket kat Anjung Nusajaya. ok itu sajer. kita tunggu jer lah yer camner rupa Legoland tuh bila dibuka tahun depan yer. tak sabor rasanyer nak tgk Legoland Malaysia. harap2 Legoland nih ada water theme park mcm yg dia buat kat Florida n baru dibuka taun nih. heheh adiossss!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat