Orang sombong selalunya rugi!

saya pun tak ingin lah nak pegi kedai pakcik lagi. rasa terhina tau!

Actually benda nih terjadi kat akak aku. dia bawak lah anak dia yg kitaorg panggil ayip kat picture atas nih nak gi gunting rambut. so dia bawak lah pegi satu kedai gunting rambut kat area umah aku (bukan kat area taman aku tapi jauh sikit lam 2 km gitu). sbb b4 this pernah g situ n dia tak nangis. tapi si ayip nih bleh plak nangis2 masa nak msk kedai gunting rambut tuh. sebab dia da tau rambut dia nak kena gunting. pastu yang tak bestnya bleh plak owner kedai tuh ckp kasar2 tak mau gunting rambut sbb budak tuh nangis. camnih nada ayat dia:-

tukang gunting rambut : tak boleh kak tak boleh saya tak nak gunting rambut budak nangis2. tak boleh! tak boleh! (dalam nada kasar n sombong).

so bila da mcm tuh akak aku pun blah lah dari kedai tuh. orang da mcm menghalau. mmg sumpah menyesal akak aku pegi kedai tuh. rasa mcm terhina jer

Well HELLO tuan kedai! boleh blah lah ko. ko igt kedai ko sorg aje ke kat situ?? berlambak lagi kedai lain. patutlah susah bangsa kita nak maju. tak mesra pelanggan. mentang2 lah bawak kereta MPV besar. dah berlagak tunjuk sombong. kalau da rasa kaya sangat tak payah lah bukak kedai gunting kalau mcm tuh ko layan pelanggan. apa motif ko bukak kedai gunting rambut???? baik ko tutup jer. Sebelum nih akak aku pernah dtg n time tuh dia nak tutup nak pegi makan. macam tuh lah dia marah2 ckp nak tutup kedai. ko tak boleh ckp elok2 ke??? kalau budak tuh nangis tak boleh ke ko pujuk dia bagi gula2 ke apa ke. kalau gini ko bisnes mmg tak lama lah. walaupun ko da rasa regular customer ko da byk tak payahlah ko layan customer yg tak regular nih mcm nih. takpun ko tampal jer kat depan kedai tuh ayat mcmni KEDAI INI UNTUK REGULAR CUSTOMER SAHAJA. YG TAK REGULAR BOLEH BERAMBUS CARI KEDAI LAIN! AKU DAH KAYA TAK PERLUKAN CUSTOMER LAIN!. Hah! kan senang tak payah lah akak aku bengang masuk kedai ko!

kesudahannya akak aku pegi satu kedai gunting rambut kat taman lain plak. bangsa lain. elok jer apek tuh layan akak aku n ayip. siap pujuk2 ngan gula2 lagi. bleh plak si ayip tuh diam bila dapat gula2. macam tuhlah  layan customer. buat owner kedai gunting tadi kalau mcm tuhlah sikap ko mmg tak kemana lah. takde sapa nak dtg kedai ko lagi! boleh blah! igt nak tolong bangsa sendiri. sudahnya kena mcm tuh plak. maybe ayip nangis tuh ada hikmah kot. mana tau kalau org tuh gunting rambut ayip sekali tergunting telinga dia kan. buat sesiapa yg nak meniaga tuh tak payah lah sombong2 sgt ngan customer. kalau kita sombong tak kemana pun!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat