Posts

Showing posts from September, 2012

Budak baik!

Image
Ada lah sorg budak baik nih budak nih mmg betul2 baik, ikut kata n tak banyak kerenah. tapi tak tau lah hari Sabtu lepas apa kena ngan dia. Agaknya dia dok tiru pakcik yg potong rambut dia minggu lepas kot. teringin nak jadi tukang gunting rambut ke yip?? tah camner boleh plak dia jumpa gunting. gunting tuh kecik je. senyap2 dia duduk kat tepi kerusi. kerjakan rambut sendiri. hasilnya:- cantik tak rambut saya? Nasib baik cousin dia, kak syifa nampak. kalau tak habis gondol. ayip2. hahaha kelakar betul dah mcm Pekan dalam cerita batu belah batu betangkup plak. rupa cam Alfalfa dalam cerita Little Rascals pun ada hehe. So memandangkan aku smlm nak pegi Jusco n segan nak bawak budak rambut camnih n juga kang dia kena gelakkan ngan budak2 sebaya dia so kitaorg pun menyinggah dulu ler kat kedai gunting rambut n hasilnya:- tadaaaaa.. saya dah separa botak! amacam ensem tak saya ekekeke hihihi apa2 pun kena tidur skrg sbb 5 jam lagi aku nak memulakan perjalanan yg jauh..

Berdebar-debar

Image
Baru dapat call tadi n skrg tgh berdebar2. Call apa itu. tak boleh cerita lebih2. cukuplah aku boleh ckp yg buat aku sangat gementar. Pengalaman pertama nih. Rasa nak makan pun takde selera. badan pun dah seram sejuk jer nih. tak tau nak ckp camner. dari main2 boleh jadi realiti plak. Doakan yang baik2 untuk aku ye. nak cerita lelebih pun tak boleh heheheh  apa??? tak lama lagiiiii???? 

Welcome back!

Image
nyum! nyum! Aku kalau tak cerita pasal makanan mmg tak sah kan? smlm on the way balik dari KL dapatlah sms dari McD nih. Wahh mcm tak caya jer samurai burger is back!!! adalah beberapa kali aku conteng kat wall fb mcD nih mintak samurai burger nih. dah lama gila ok tak makan. aku rasa last samurai burger nih keluar sekitar tahun 2001 - 2002 kot. 10 tahun pun ada. tak silap aku last aku makan samurai burger nih kat McD kompleks PKNS shah alam masa setadi kat sana hik hik hik. lepas tuh terus takde dah McD kuarkan burger nih. ganti ngan prosperity burger plak. katanya samurai burger nih tak berapa nak laku time tuh. sbb dia ada sos manis tuh mcm byk org tak suka. tapi aku suka jerrrrrr hihihi. balik jer kerja tadi terus singgah McD cari samurai burger nih. walaupun rasanya tak berapa nak sama masa 10 tahun yg lepas tapi still ada lah sikit2 tuh mcm dulu. boleh lah dari takde langsung kan. maybe dia nak sesuaikan ngan citarasa skrg. agaknya lah. apa2 pun burger nih da selamat be

Legoland Lagi!

Image
aksi budak yg excited Legoland lagi! heheh apa nak buat benda baru mcm kek panas kat JB nih. last week before Legoland bukak officially kitaorg dapat invitation utk para pemegang annual pass. terhad utk 5000 orang sehari n hari yang boleh pilih hari iaitu selasa or rabu. aku plak kerja susah nak cuti so aku tak dpt pegi. akak2 aku n anak2 saudara aku ler yg pegi. terlepas lagi!. bila lah aku nak pegi. rancang2 nak pegi hari nih tapi mengenangkan penat 2 hari aku kemas umah n masak2 org nak dtg beraya terus kansel. takpelah takkan lari pun Legoland tuh. lagi pun kalau pegi skrg mesti ramai orangnya lah. aku igt nak g minggu depan ngan akak ipar n anak2 saudara aku. nih untungnya ada annual pass boleh masuk hari2 apa yg kitaorg suka. rasa penat boleh pegi hari lain plak hik hik hik. oleh kerana aku tak pegi so aku tak bolehlah terangkan secara detail camner rupa Legoland nih. aku tinggalkan gambar yg akak aku aku amik masa diorg gi Legoland last week. org tak ramai nak tunggu ri

Bedspread for sale!

Image
code 8002 code 8003 code 8008A code 8008B code 8013 code 8015 code 8019 code 8039 code 8046 code 8050B CADAR PATCHWORK + 2 HELAI SARUNG BANTAL RM170.00 (tak termasuk pos) king size  100% cotton Pos boleh pilih nak pos laju or pos parcel biasa. SEMENTARA STOK MASIH ADA!!

Resepi - Jemput-Jemput Udang Popai/Geragau

Image
jemput2 udang popai/geragau Kali ni aku nak share resepi jemput2 udang popai/geragau. jemput2 nih sodap makan time panas dgn nasi panas n makan gitu pun sodap. udang popai nih mmg susah sikit nak dpt kat pasar. kena tgk musim. tapi sapa2 yg ada batuk2 tuh tak payah ler makan yer sobab akan menyebabkan anda batuk lagi teruk lagi.  Bahan-bahan: udang pepai/geragau (selalu jual dalam piring tak tau berapa gram. yang nih 2 piring) Bahan-bahan: daun sup, bawang besar, lada merah n lada hijau di hiris halus 2 sudu serbuk kunyit n garam secukup rasa masukkan udang pepai/geragau n gaul sampai rata masukan 150gm tepung gandum n telur gaulkan sampai rata gaulkan sampai jadi mcm ni last sekali goreng! siappp! Selamat mencuba!

Alamak! camner leh lepas nih

Image
Aku still tak boleh tidur. masih terigt2 peristiwa pagi tadi. ok aku ngaku actually aku mmg dah tidur tadi tapi depan tv. skrg nih tak boleh tidur plak. n masih terigt2 benda pagi tadi., nervous pun ada. kelakar pun ada. nak tergelak pun ada nih hah. rasa mcm tak caya jer. serius tak caya. ramainya org kat mana aku nih? cer teka aku kat mana? hahaha actually smlm pagi2 buta lagi aku dah membelah keheningan pagi menjemput akak aku yg berada kira2 15km dari rumah aku untuk sama2 pergi ke tempat nih. cam lawa kan hotel nih? kalau tgk astro ada ujibakat apa2 kadang2 guna hotel nih. nih lah The Zone Regency Hotel. ujibakat zon selatan untuk..... tadaaaaa Masa tgk season yg lepas mcm geram jer kan. so aku mmg dah plan ngan akak aku kalau ada 2nd season kita mesti pergi utk audition. so masa raya haritu ada plak kuar iklan audition money drop nih. plak tuh ada buat audition kat JB so kira senang lah kan. plan punya plan masa last week tetiba aku rasa mcm takmo plak join. gara

It's a wonderful world

Image
Petang yang indah. nampak sgt aku tak cuci kereta. kotor plak cermin kereta aku.

Boleh tak aku ckp yg aku mcm menyesal?

Seriously lepas baca satu group kat FB nih aku rasa menyesal sgt2. Menyesal sgt2 kenapa aku tak belajar betul2 masa PMR. Sbb bila aku belajar betul2 masa PMR mesti aku dapat 8A kan bila dapat 8A mesti aku dapat masuk aliran sains. pastu buat betul2 masa SPM so aku dapat further study aku ke bidang yg aku cita-cita kan masa kecik2. takpun apa2 bidang bukan bidang yg aku grad skrg.  bila aku baca group tuh tah tetiba perasaan menyesal tuh menerjah dalam fikiran aku skrg. apa yg aku dapat skrg? syukurlah sbb aku ada kerja. boleh tampung hutang2 aku. tapi kerja aku skrg nih kalau aku tak further study pun takpe. lepas spm je terus kerja. takdelah aku menanggung hutang ptptn nih. mesti org kata aku tak bersyukur. tapi aku bersyukur sbnrnya. bersyukur sgt2 sbb walaupun kerja aku tak se'gah' mcm org lain alhamdulilah sbb ada org yg lagi tak nasib baik dari aku. lagi satu aku bersyukur sbb aku dapat seribu satu pengalaman yg tak semua orang dapat. Aku cuma nak luahkan perasaan

Mira 4th Birthday

Image
Happy Birthday Mira! Last week abg aku buat makan2 utk birthday anak dia, Mira. tapi buat kat umah aku hehe. Mira nih sebaya ngan si Ayip tuh. sekejap je dah 4 tahun kan. tahun 2008 aku dpt 3 org anak saudara n sorg cucu saudara n mira nih kira leader lah utk tahun 2008. yang lain tuh lahir kemudian dari si Mira. kiranya 2015, 4 org msk darjah satu. pastu 3 org nih dah taraf pakcik n makcik lak tuh sbb diorg dah ada anak saudara ekekek.  the food Actually birthday dia bukan hari sabtu. tapi rabu lepas. disebabkan aku dah start keje so parents dia buat lah hari sabtu lepas. makanan2 nih plak dimasak oleh abg aku yg no. 2. dia mmg pakar masak beriani nih n beriani dia ni pun sedap. kalau bukak kedai mmg laku. selain dari beriani ada pencuci mulut puding berkuah tuh. sate pun ada tapi takde dalam gambar sbb sate dtg lambat sikit. the cake cake pulak dibeli dari baskin robbins. aku actually kureng sikit cake nih. sbb pernah beli masa birthday aku last 2 years. kek di

Jeles betul aku!

Image
time diorg budak2 mana ada benda2 camnih. dah jadi mak bapak budak lah baru dapat merasa kih kih kih kih Jeles tau aku! abg2, akak, akak ipar n anak2 saudara aku semua dah msk Legoland dulu. anak saudara aku keje Legoland  so dia dpt lah 5 tiket free and tiket RM30 utk family n frens. Jumaat lepas masa merdeka tuh Legoland bukak utk family day warga kerja Legoland. tuh yg diorg dapat masuk tuh. akak aku ckp ramai betul org. seronok mmg seronok tapi tak banyak rides yg dibukak. hehehe nasib baik aku ada annual pass. so takde lah rugi mana kan tak msk dulu. dalam seminggu nih Legoland mmg ditutup utk private function. rupanya nak buat family day utk staff dulu. alah nih lebih kurang mcm nak wat latihan lah pada staff sebelum diorg bukak officially utk public 15/9/2012 nih.  yg nih pun sama cam budak2 jer padahal leh jadi mak bapak budak.  gambar2 nih semua aku cilok kat FB anak saudara aku. jgn marah ye fizi. cikda kan dah upah Lasagna n baked potato hehehe. 2 gambar kat

Dah September ke??? cepatnya

Image
Sejak akhir-akhir nih aku ada habit baru yg betul buat aku annoying kat diri sendiri. nak tau pedia? aku malas nak mandi. hah terdedah terus habit buruk aku. ko mampu? sejak2 nih mcm malas betul lah nak mandi. nak2 time sejuk2 nih. ada kekadang hari sabtu tuh aku mmg tak mandi. hari ahad petang baru mandi. ekekeke. takde sapa pun komplen bau badan aku busuk. mak aku n akak aku ok jer ekekek. tapi hari kerja aku mandi aaaa. tak boleh kalau tak mandi. aku cuma malas nak mandi pagi jer bila time2 cuti. tapi sebelum tidur kalau tak mandi mmg wajib kena mandi sbb aku tak boleh tidur kalau badan tak fresh. kalau dulu masa dok umah larkin mmg ptg2 dalam pukul 5.30 mesti dah siap mandi. takdenya tangguh sampai malam mcm skrg nih. yelah bilik air luar biasa. kalau mandi lambat malam2 jawapnya kena mandi dalam gelap tak boleh bukak lampu sbb ramai kaki skodeng kat situ. pernah kena skodeng terus trauma n mandi dalam gelap kalau time pagi2 nak g sekolah n kalau termandi malam. rumah skrg alhamdu