Skip to main content

Baju Raya

Baju raya beli dah siap?
Takde maknanya sebab takde saiz.
So nak tak hendak memang kena beli kain n hantar tailor.
Meleleh air liur tengok baju kurung Jovian Mandagie kat Zalora.
Kalaulahhhhh kannnn.
So memang boleh tengok jer lah. 
Nak tunggu aku sekeping mcm model tuh memang takda lah.

Baju raya tahun nih :)

This year amik keputusan buat baju guna kain yang orang bagi jerlah.
Tapi gambar kat atas tuh aku beli. Kain yang corak2 tuh aku beli masa gi Makassar.
Sutera Makassar namanya tuh. Boleh plak terbeli pink. Alahai pink tahun nih plak. 
Tahun lepas dah pink n pink not my fav color!
Yang kain kosong tuh cari kat Jakel. Sebab mmg beli 2 meter jer masa kat Makassar buat kain. 
Nak beli sepasang mak tak mampu hihihi.

baju raya gak :) tah berapa pasang tahun ni

Kain kat atas ni bos aku yang bagi masa gi Cambodia. 
Bos aku nih kalau g mana-mana mmg beli kain jer.
Aku paling suka dia g India sebab dpt kain sari cantik2 ekekeke.
Yang nih g Jakel gak cari padanan kain sebab badan aku besar mana cukup nak buat baju kurung semer.
Semua kain-kain ni dah dihantar ke tailor fav aku.
Walaupun mahal nak mampus sepasang dia charge tapi nak buat camner.
Tailor nih buat baju mcm mmg kena sgt tang bahu ketiak semer.
Walaupun aku ada sejarah buruk 2 tahun yang lepas tapi tetap percaya kat dia.
(kes baju aku dia buat saiz akak aku akibat confuse tang nama)
Nama aku n akak aku nak dekat2 sama cuma tang huruf tengah jer berbeza.
huruf depan n huruf belakang semer sama. Mana tak confuse.

Harap-harap yg nih tak confuse yer kalau confuse mau aku golek2 nangis!

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.