Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Pasangan Gelpren-Boipren ekekekekek

Fuhh lama tak bersiaran blog aku nih.
Jenuh gak nak bersihkan sawang dalam blog nih.
Bulan puasa kali nih memang takde mood nak update blog. Malas weii.
So lepas puasa nih igt nak aktif balik ler.

So camner raya korg? aku biasa-biasa jer setiap tahun.
Cuma tahun nih sepecial sikit sebab aku ada 6 pasang baju kurung raya. Hahahah.
Tak perasan antar tailor berapa pasang. 
Sekali bila dia ckp da siap, ada 6 pasang rupanya aku tempah.
Fuhh pengsan kejap nak bayar duit tailor. Itu pun hutang seratus ekekek.
Nasib baik kain-kain tuh free jer. Ada bos bagi ada akak aku bagi.
Kalau tak mau riban gak kos beli kain + tempah kat tailor.
Tapi ok lah kan. Aku bukan selalu buat baju raya.
Dah berapa tahun aku pakai baju raya stok 2-3 tahun lepas yang aku lom pakai lagi.

Oklah nanti bosan plak baca cerita aku nih kan.
So dikesempatan ini aku nak menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap
dalam penulisan di blog aku ini.
Mana tau ada tersinggung ke ngan kata-kata or komen aku kat blog korg ke,
aku mintak maaf sekali lagi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!

Hati-hati bila makan di open2 house ye.
Baru jer baca paper tulis ada org meninggal sebab terlebih makan kambing.
Makanla dengan berpada-pada.
(selalu pesan berhati2 ketika memandu hihihihi)


P/S: Arghhhh malasnya esok dah kerja lak tuh. Kerja satu hari pastu cuti lagi

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tabung Haji