Posts

Showing posts from October, 2014

Budak-budak sekarang.

Image
bila merajuk Over budak nih tau! Takleh ajak dia g PC Fair abih dia mintak nak laptop. Amboii budak-budak sekarang dah pandai nak mintak-mintak. Dah ada iPad & Galaxy Tab pun tak puas lagi. Next year dah Darjah 1 jgn harap lah dpt main benda tuh semua lagi mcm skrg ya dik. Zaman dulu takde benda-benda tuh. Budak-budak semua main kat luar. Takdenya ngadap laptop main game or ngadap tv main xbox ke playstation ke. Kitaorg dulu main kat luar. Lari2, panjat pokok, main basikal. Rugi rasanya tengok budak-budak sekarang. Sekarang nih kalau kat area taman perumahan aku dah tak nampak budak-budak main kat luar mcam zaman dulu-dulu. Masa kecik-kecik dulu teringat masa kenangan duduk kat Jalan Yahya Awal Johor Bahru. Kenangan kena rotan ngan mak aku. Seingat aku rasanya sekali jer kot aku kena rotan ngan mak aku. Sebab lepas tuh aku tak ingat dah aku kena rotan ngan mak aku. Ceritanya masa tuh umur aku baru 6 tahun, Aku ada simpan duit orang bagi masa raya dalam RM8 gitu. Masa tuh

Duit-duit dimana kau duit?

Image
Benda nih kena renew setiap 3 bulan. Bulan Oktober dan November adalah bulan yang paling poket aku sakit sekali setiap tahun. Antara 2 bulan nih ler road tax & insuran kereta mati, season pass parking pun expired plus time nih selalunya memang aku kena servis kereta sekali. Alahaii sakitnya ler poket aku. Nasib baik bawak kereta sedang2 jer so takde lah sakit sgt nak bayar insuran kereta. Yang parking season pass nih memang kena pakai sebab dah fed up asyik kena saman jer sebab parking kupon tak cukup or salah timing. So 5 tahun yang lepas aku amik keputusan pakai jer season pass. Renew every 3 months for RM225.00. Zon B nih boleh guna di MBJB, MPJBT, Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Daerah Simpang Renggam, Majlis Daerah Kota Tinggi & Majlis Daerah Mersing. Tak yah susah nak jengok kat tingkap opis tengok kena saman ke tak.

Daging & Ayam Halal di Shanghai

Image
Ini masa pegi Shanghai haritu. Kedai yang membekalkan ayam dan daging halal kat Shanghai nih. Masa kitaorg sampai kedai nih tetiba ramai orang plak. Ekeekekek

Bonanza Sushi King

Image
Hihihi cerita lama. Cerita bulan lepas baru nak cerita sekarang.  Haritu, alah bulan lepas Sushi King buat Bonanza RM3 Sushi King. So aku tak lepaskan peluang ler pegi makan, makanan fav. aku nih.  Ini ler timenya nak makan sushi kat Sushi King yang harganya semua sama RM3.00. Date ngan x opismate. Ini adalah kali kedua aku pegi time Sushi King Bonanza RM3.00 nih. Masa nih ler leh makan puas sushi yang mahal-mahal tuh sebab semuanya harga RM3.00. Sushi King pilihan aku adalah di City Square Johor Bahru. Sedap! fav. aku nih Glup! Yang ni makan sampai 3 pinggan terus naik muak haha Masa Sushi King Bonanza RM3 nih hanya pemegang kad ahli sushi king sahaja dibenarkan masuk. Dan setiap pemegang kad boleh membawa 4 orang kawan bersama (tak silap aku ler). Haritu aku kena RM66 termasuk minuman dan servis tax. Aku pegi time balik kerja n masa tuh tak berapa ramai tapi bila nak keluar jer berderet-deret orang beratur nak masuk. So apa lagi pada peminat s

Makan Lagi!

Image
Kalau dah nampak pinggan nih tau ler kat mana Haritu gi Seoul Garden lepas dah lama tak gi. Memang fav pegi tempat makan nih. Setakat nih kalau restoran baka-bakar ala korea nih Seoul Garden lah terbaik. Especially yang bakar-bakar. Banyak pilihan. Daging pun lembut n di marinate dengan baik sekali. Macam beef bulgolgi tuh fuhh sedapnya. Bukan rasa kosong daging or ayam2 tuh. Kalau g sini yang rebus2 tuh memang tak ambik. Kalau ambik pun telur jer wat telur stgh masak. Memang makan yang bakar-bakar ler. Selalu amik sepinggan mcm nih kongsi ngan akak aku. Pastu top-up lagi satu pinggan n last sekali top-up  setengah pinggan.  Kali ni mak aku join. Bukan senang nak ajak dia join hehe Amik 3 meja budak nih dah kekenyangan Kalau gi sini kena pastikan tengah lapar. Jangan kenyang. Nanti membazir jer pegi sebab makan tak setimpal ngan bayaran. Kalau kat JB nih ada dua outlets iaitu kat KSL City dan City Square. Kedua-dua outlets kat sini adalah HALAL Certified. Aku sel

Alhamdulilah...

Image
Terkejut harini bukak akaun nuffnang. Ada 11 On Going CPUV kat blog aku yang tak seberapa nih. Tapi ada yg berdouble or triple. Tak paham bab yang ini. Maybe kalau double or triple tuh ikut iklan kat ruangan mana kot? Apa-apa pun terima kasih Nuffnang bagi 5 CPUV baru hari ni.

Bila musim durian lagi ek?

Image
Aku merinduimuuu Tengok belek2 album handphone aku jumpa plak gambar serawa durian yg aku makan ngan roti bakar. Haishh terus kecur tengok gambar nih. Haritu lalu kat Jalan Pontian nih dok tengok kiri-kanan tengok durian berbuah tak. Humm takde pun bunga pun idak. Lalu pagoh masa on the way ke Batu Pahat pun sama. Alahaiii bila lah musim durian nak kembali ek? Aku suka durian camni. Tengok tekstur durian ni. Menggoda kan? Rasa musim durian yang lepas macam sekejap jer. Yelah bertembung ngan bulan puasa so memang tak pandang ler durian. Ingatkan lepas raya ada lagi durian tapi yang durian yg sedap2 dah takde. So kenala tunggu next season yer. bertabahlah ya!

Salam Aidiladha 1435 Hijrah

Image
throwback Umrah 2011 Selamat Menyambut Aidiladha  1435 Hijrah. Teringat kenangan menunaikan Umrah tahun 2011. Moga-moga aku 'dijemput' untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 Insya Allah. Aminnnn.

Nasi Lemak RM1.00

Image
The best Nasi Lemak RM1 in town! Walaupun agak 'telanjang' sikit tanpa kacang tapi Nasi Lemak ni still the best. Lagipun aku bukan suka makan kacang pun. But orang yg selalu belikan Nasi Lemak nih dah benti keje kat company aku. Lama nya dah tak makan nasi lemak nih. OooOOo Nasi Lemak i miss u so muchh!

Bang Sudin, 20 sen!

Image
Naik lagi! Semalam sebelum balik kerja aku memang tak sempat belek2 handphone aku bukak facebook. Pastu sampai umah pun takde masa sebab dah maghrib. So dalam pukul 9 baru baca facebook tengok kecoh pasal minyak naik 20 sen. Mula-mula rasa macam malas nak keluar g beratur sebab confirm berderet kan tapi memandangkan minyak aku pun dah sikit so aku kuar lah gak malam tuh g beratur beli minyak sambil ditemani oleh mak aku. Pening kepala gak sebab semua naik tapi gaji gak yang tak naik-naik. Ibarat akak yg di interview kat tv 1 pagi tadi ckp dah lah BRIM tak layak, minyak lagi kasi naik. Pernah sekali taun 2007 ke 2008 minyak naik sampai RM2.70 seliter. Masa tuh memang sakit, dah lah baru tukar kereta, minyak seliter RM2.70 plak tuh. Sekali isi selalu RM50-RM55 dah penuh (kalau tangki ada 2 bar lagi) tapi masa tuh RM65-RM70 baru penuh. Walaupun baru naik 20 sen jer, tapi orang yang keje jauh mcm aku nih sakit jugak. Pergi-balik total 48km. Nak naik bas, pengangkutan awam masih be

Lempeng & Asam Pedas

Image
Besar sikit gambar Buka folder kamera aku tetiba jumpa gambar nih. Uwaaa rasa cam nak nangis jer tgk gambar nih. Dahlah tengok pukul 12 malam, mana nak cari lempeng cecah asam pedas. Sedap bila asam pedas tuh dah 2-3 kali panaskan pastu macam pekat kan. Makan plak dengan lempeng yang dilempengkan agak garing. Alahaiiii lapar terus perut aku memalam buta ni.