Skip to main content

Budak-budak sekarang.

bila merajuk

Over budak nih tau! Takleh ajak dia g PC Fair abih dia mintak nak laptop. Amboii budak-budak sekarang dah pandai nak mintak-mintak. Dah ada iPad & Galaxy Tab pun tak puas lagi. Next year dah Darjah 1 jgn harap lah dpt main benda tuh semua lagi mcm skrg ya dik.

Zaman dulu takde benda-benda tuh. Budak-budak semua main kat luar. Takdenya ngadap laptop main game or ngadap tv main xbox ke playstation ke. Kitaorg dulu main kat luar. Lari2, panjat pokok, main basikal. Rugi rasanya tengok budak-budak sekarang. Sekarang nih kalau kat area taman perumahan aku dah tak nampak budak-budak main kat luar mcam zaman dulu-dulu. Masa kecik-kecik dulu teringat masa kenangan duduk kat Jalan Yahya Awal Johor Bahru. Kenangan kena rotan ngan mak aku. Seingat aku rasanya sekali jer kot aku kena rotan ngan mak aku. Sebab lepas tuh aku tak ingat dah aku kena rotan ngan mak aku.

Ceritanya masa tuh umur aku baru 6 tahun, Aku ada simpan duit orang bagi masa raya dalam RM8 gitu. Masa tuh tak bagi mak aku simpan. Konon nak simpan sendiri. Nilai RM8 dalam tahun 1985 besar tuh. Maggi masa tuh pun 40 sen boleh dapat sebungkus. Satu hari masa main-main ngan geng-geng kat situ, abg aku bagi lah cadangan suruh aku amik duit RM8 tuh pegi beli jajan mcm gula-gula kat Kedai Baru (kalau org Yahya Awal mesti tau). Aku nih yg sangat pemurah (sampai skrg masih pemurah hahah) pegilah amik duit tuh yang aku simpan belanja kengkawan aku. Tapi rupa-rupanya mak aku dah nampak amik duit tuh bagi kat abang aku tapi dia tak sempat tahan aku. So apa lagi memang kena rotan lah ngan mak aku. Yang paling kelakar masa aku kena rotan tuh aku nampak abang aku dengan kengkawan kitaorg dok horray2 bawak jajan tuh lalu depan umah. Abis RM8 beli jajan. Cer lah bayangkan brp besar bag plastik beli gula2 dengan duit RM8 tuh. Dah lah tuh satu gula2 pun aku tak dapat sebab mak aku tak kasi keluar rumah. Tapi yang best abang aku pun dpt habuan drpd mak aku lepas dia bersuka ria ngan jajan guna duit aku tuh.

Bila aku 7 tahun aku pun pindah Larkin n duduk kat situ selama 19 tahun sebelum berpindah kat sini. Zaman kanak-kanak masa kat Larkin adalah sgt AMAZING! Kalau korg pernah tengok movies The Goonies or apa-apa movie pasal Childhood Friends Adventure ke mcm tuh ler zaman kanak-kanak aku sampai aku rasa boleh buat movie kot.

Movie ni dalam list All time favorite aku.

~ ~ ~

Masa tuh tak paham sangat kenapa mak kita nak marah abiskan RM8 untuk beli jajan. Bila dah besar n dah kerja sendiri baru paham. Bukan senang nak cari duit kan? kadang-kadang pukul 9 malam baru balik semata-mata nak cari duit bayar hutang rumah, hutang kereta, hutang PTPTN, hutang kredit kad, bil-bil utiliti, bil-bil internet & telekomunikasi, bil Astro n duit lebih sikit boleh lah simpan buat beli gula-gula. Tapi aku time tuh senang jer bagi orang RM8 beli jajan. Arwah ayah aku plak kejenya bawak lori pastu angkat tong-tong air nak jual kat kedai2. Balik selalu penat2 tapi anak dia sedap2 jer belanja kawan-kawan dia beli jajan RM8 pada tahun 1985 diingatkan lagi sekali tahun 1985.

So memang aku deserve kena rotan ngan mak aku!

Comments

  1. memang ketara sangat perbezaan budak2 dulu dan sekarang ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. budak2 skrg rugi sgt tak dpt bermain mcm budak2 dulu

      Delete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.