Makan Lagi!

Kalau dah nampak pinggan nih tau ler kat mana

Haritu gi Seoul Garden lepas dah lama tak gi. Memang fav pegi tempat makan nih. Setakat nih kalau restoran baka-bakar ala korea nih Seoul Garden lah terbaik. Especially yang bakar-bakar. Banyak pilihan. Daging pun lembut n di marinate dengan baik sekali. Macam beef bulgolgi tuh fuhh sedapnya. Bukan rasa kosong daging or ayam2 tuh. Kalau g sini yang rebus2 tuh memang tak ambik. Kalau ambik pun telur jer wat telur stgh masak. Memang makan yang bakar-bakar ler. Selalu amik sepinggan mcm nih kongsi ngan akak aku. Pastu top-up lagi satu pinggan n last sekali top-up  setengah pinggan. 

Kali ni mak aku join. Bukan senang nak ajak dia join hehe
Amik 3 meja
budak nih dah kekenyangan
Kalau gi sini kena pastikan tengah lapar. Jangan kenyang. Nanti membazir jer pegi sebab makan tak setimpal ngan bayaran. Kalau kat JB nih ada dua outlets iaitu kat KSL City dan City Square. Kedua-dua outlets kat sini adalah HALAL Certified. Aku selalu pegi kat KSL City sebab tempatnya luas dan selesa walaupun parking tak berapa best. Harganya pula:-

Weekdays 

Lunch: 
Adult RM29.99++
Children RM15.99++
Snr Citizen: RM21.99

Dinner:
Adult RM33.99++
Children RM16.99++
Snr Citizen: RM28.99++

Weekend

Lunch:
Adult RM33.99++
Children RM15.99++
Snr Citizen: RM21.99++

Dinner:
Adult RM35.99++
Children RM16.99++
Snr Citizen: RM28.99++

Refillable beverages: RM3.99

Student 
(Mon-Fri except Public Holiday)
RM25.99++
(includes refillable beverages)

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat