Wishlist 2017

Aku kan dah start menabung untuk sesi 2016/2017 kan, so rasanya nak listkan barang-barang yang aku nak beli untuk tahun nih sebagai panduan hihihi. Aku actually macam tak tahu nak beli apa sebab apa yang aku nak iaitu henpon baru aku dah dapat last year. Lepas tu aku ni pulak tuh bukan jenis orang suka beli handbag ke or apa-apa barang yang orang pompuan suka beli. Pakai handbang sampai jahanam baru tukar. Jam pulak memang aku tak pakai. Rimas. So aku memang takde jam tangan. Barang kemas macam rantai or gelang tangan lagi lah tak minat. 

Bila dok pikir-pikir so rasa-rasanya untuk this year aku nak dapatkan salah satu or salah dua kat bawah ni:-
iPad
Aku memang dah ada iPad tapi manusia kan tak pernah puas. So rasa macam nak tukar sebab yang lama dah tak boleh update ke ios baru. Tapi ntahlah rasa-rasa cam membazir sebab ipad aku cuma guna tgk drama korea jer. Yang ni cam 50/50.

ip 8 (rumors)
Dengar-dengar iPhone 8 keluar tahun ni. Tapi macam pelik kan sebab lepas 7 mestilah 7s kan. Tapi ni sedikit melampau n aku baru kena bebel ngan mak aku pasal benda ni sebab dia dgr aku tanya akak aku nak beli tak ipong 7 aku kalau ipong 8 kuar ngan rekaan camni huhuhu.


Drone with camera
Tah haritu cam tetiba tengok cam best jer amik video pakai drone. Ingat nak cari yang murah-murah untuk beginner cam aku ni. Kat Lazada tengok ada yang murah untuk orang yang baru nak berjinak-jinak ngan drone ni. Harga memang dalam lingkungan bajet aku. Yang ni macam aku nak beli cuma nak mintak nasihat pihak ketiga dulu. Takut membazir jer beli.

Legoland Hotel
Ini memang daripada last year nak gi sini. Tapi tak sampai hajat lagi sebab duit menabung last year ngam-ngam lepas satu barang jer. So igtkan this year nak belanja family aku duduk sini satu malam. Walaupun Legoland Hotel nih perjalanan hanya 30 minit daripada rumah aku tapi dapat parking kat hotel which is dekat ngan Legoland Waterpark huhuhu. Tapi tuhlah cam membazir plak kan sebab gunakan duit untuk benda tak nampak. Adooiii apakah??? kata nak buat joli duit tu.

~ ~ ~ ~ ~ ~

Ntahlah dalam keadaan ekonomi macam sekarang ni dengan semua benda naik, rasanya baik aku spend kepada benda yang bermanfaat jer kan? Mana tahu time tuh memang nak pakai duit untuk yang lebih penting ke kan. Apa-apa pun list kat atas nih sekadar senarai suka-suka jer. Aku ni manusia kan. Ada nafsu n perasaan.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah