Wedding Anak Saudara


Mat Ayip kat mana ni?

Fuhh lama gila wedding nih. Awal tahun last year kot. Huhuhu. Aku kan cam malas kan last year At least walaupun lambat tapi still ada dalam list entry blog aku wedding ni. Actually ni adalah wedding terakhir arwah abg aku buat untuk anak dia. Anak dia yang 2nd last. Kira ada lagi sorang ler. Tapi still belajar lagi budak tuh.

Telur Pindang

Kali ni aku sponsor telur pindang. Aku rasa sebagai orang Johor ini adalah tradisi yang sepatutnya tidak boleh dilupakan.  Wedding adik beradik aku mesti ada telur pindang. Sekarang payah dah nak cari wedding bagi telur pindang. So bagi memastikan tradisi ni berterusan, aku sponsor telur pindang untuk wedding anak saudara aku nih. Last minit akak aku n mak aku pun nak join sponsor. Alhamdulilah.

Kalau dulu kitaorang buat sendiri jer telur pindang (dulu siap amik tempahan n jual telur pindang) tapi sekarang ni payah nak cari daun-daun kan so aku tempah jerlah 1000 biji ngan pakcik n makcik yang jual ayam n telur kat Pasar Tani tuh. Aku rasa sapa-sapa yang pegi Pasar Tani kat JB nih kenal kot pakcik n makcik ni. Famous kot diorg. Arwah abang aku n akak ipar aku tak kisah kitaorg nak pakai bekas apa so meround lah kitaorg kejap ke Cowboy Kulai cari bekas telur. Akhirnya jumpa lah bekas cup cake ni. Jimat n murah.

Mak tengah menepung tawar cucu

Arwah abang aku buat majlis nih kat Savannah Hill. Sama macam wedding anak nombor dua dia. Cuma kali nih buat kat area banglow tuh, kali ni kat dewan baru n dikelilingi dengan rumah-rumah penginapan yang Mat Ayip bergambar tuh. Aku sampai lambat sebab Mat Ayip ada sukan sekolah n dia masuk pula tuh acara. So masa sampai orang dah nak berkompang dah.

Bersanding

Aku tak amik banyak gambar pun. Time ni baby Mya kecik lagi so bz ngan dia. Pastu aku bz ngan makan. Memang tak sempat nak amik gambar. Amik gambar pun daripada jauh je. Huhuhu.

Sekarang ni anak-anak saudara aku ni semua dah memang time-time diorg nak buat majlis. Tahun ni ada sorang lagi. Tapi kat Shah Alam n seperti biasa kitaorg sponsor telur pindang lagi. So anak-anak saudara aku doakan lah makcik mu ini sentiasa murah rezeki ya. Aminnn

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji

Bulan 2

Resepi: Pizza Roti Prata/Canai