Skip to main content

Fast Food & Aku

Pagi2 buta dah lepak sini

Tadi dok layan youtube tetiba ternampak pulak compilations iklan McDonalds daripada tahun 1982 sampai 1987. Terus menggamit memori. Yelah kan Aku & fast food memang tak dapat dipisahkan. Sebab tuh badan jadi gini. Hahahah. So entry hari ini adalah lebih kepada mengimbas memori zaman kanak-kanak aku ngan fast food.



First time dalam hidup aku makan McD nih masa umur aku 5 tahun (1985). Ingat lagi masa tuh akak aku lepas grad diploma kat ITM terus kerja kat company British American Insurance (skrg Manulife Insurance). Bila dapat gaji pertama dia belanja kitaorg makan kat McD n belikan mak n ayah aku peti ais dan mesin basuh. Baru lah merasa pakai peti ais n mesin basuh. Actually memori makan McD tuh jer yang aku igt ngan akak aku tuh time aku kecik-kecik dulu. Sebab masa umur aku 6 tahun dia pun fly ke US sana sambung degree dan balik 5 tahun lepas tuh bawak suami ngan anak sorg yang dah nak nikah seminggu lagi ni hik hik hik.

Sambung balik cerita pasal McD ni, kalau nak tau McD pertama kat Johor ni adalah kat Holiday Plaza Jalan Harimau Tarum tuh. Sampai sekarang diorg tak ubah design McD tuh. Memang style lama lagi. Kira macam sejarahlah. Ingat lagi masa nak belanja makan tuh, arwah ayah aku siap dua kali ulang-alik bawak kitaorg g Holiday Plaza sebab tak muat kereta. Masa tuh lah first time makan Fillet o' Fish yang jadi fav aku sampai ke hari ni.

Lepas tuh takde dah makan sebab mana mampu n akak aku tuh pun dah fly beribu2 batu. Walaupun macam tak mahal harga bawah RM5 macam dalam iklan kat atas, actually sama jer macam harga sekarang ni. Yelah kan kuasa duit dulu lain. 

Aku kan banyak akak, so akak aku yang sorang lagi baru habis keluar Maktab n dah kerja jadi cikgu. So dia lah yang rajin melayan aku makan McD. Tapi sekali sekala je kalau ada duit lebih n bila dia balik JB jer (sebab dia kena mengajar kat Gemas, Nogori Sombilan). 

Alamak macam banyak nak cerita. Sambung Part 2 lah ye.

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Resepi: Sushi

Dah lama nak rasa buat sushi sendiri. Asyik beli je apa kata buat sendiri kan. Aku nih memang peminat sushi. Tapi mampu beli sushi kat Jusco jer lah ekekeke. Tapi tuhlah kan kalau beli tuh macam mahal kalau buat sendiri boleh dapat banyak. Lagi lah anak-anak saudara aku mmg hantu sushi. So seperti biasa hari Sabtu kan hari masak-masak so apa lagi gulung sushi lah. 
Pada yang pertama kali buat sushi tuh boleh lah beli starter pack sushi nak kat Aeon or nama lamanya Jusco. Harganya RM29.90 kalau tak silap aku. Kat dalam starter pack tuh ada 1 bamboo untuk gulung sushi, satu pack halal seaweed, 1 botol cuka sushi yang halal dan 1 botol sos kicap cecah sushi yang halal. Beras sushi pulak boleh dibeli kat Aeon or Jusco jugak, nama berasnya Sumo, satu peket tuh 1 kg jer n harganya RM9.90.

Mula-mula tuh masa beras sushi macam korang masak nasi biasa. Tapi jangan banyak sangat airnya nanti lembik pulak. Lepas tuh boleh lah sediakan inti-inti untuk sushi tuh macam dalam gambar:-
Nombor 1 - In…