Skip to main content

Resepi - Spaghetti Minyak Bawang Putih bersama Udang

Spaghetti Minyak Bawang Putih bersama Udang

Kali ni aku nak share resepi Spaghetti Minyak Bawang Putih Bersama Udang. Spaghetti ini telah menjadi juara spaghetti di rumah aku. Ramai kanak2 serta orang dewasa menyukainya. Chewahhhh (masuk bakul angkat sendiri yer?). Mudah n cepat jer nak masak spaghetti nih. Menu kegemaran aku kalau org dtg umah (selain jemput2 aku yg famous itu hahhaha). buat akak2, abang2 n anak2 saudara aku sorryler kalau korg bosan makan benda sama bila dtg umah hehehe. Nanti cari menu lain ek

Bahan-bahannya:-
5-6 ulas bawang putih dicincang halus2
10-15 batang lada kering (ikut kepedasan masing2 kalau ada budak kecik xyah lah buat pedas2 hehe) dihiris nipis dan buang bijinya
250gm udang (buang kulitnya, kalau nak jimat potong dadu udang tuh hehe)
50gm daun pasli atau daun saderi (sup) dihiris halus2
secawan stok ayam atau satu kiub ayam maggi or knorr mana2 pun boleh
sedikit minyak zaitun utk menumis (kalau boleh minyak zaituh sbb kalau x tak kick rasanya)
secawan air
sepeket spaghetti 500gm di celur
parmesan diparut halus2

Cara-caranya:-
Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang putih yang telah dicincang halus tumis sampai naik bau. Masukkan lada kering yang dihiris dan udang. Bila udang da masak masukkan daun pasli atau daun bawang yang dihiris halus. tumis sampai naik bau. masukkan stok ayam or kiub ayam. kalau pakai kiub ayam masukkan secawan air. tumis sampai mendidih. masukkan spaghetti da gaul rata. taburkan dengan parmesan. lepastuh boleh lah makan. selamat mencuba!

Comments

  1. blogwalking and came across with ur website.
    looks tempting..
    forteciousme.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.

Selamat Pagi!

Assalamulaikum dan selamat pagi semua! Mari kita mulakan hari dengan sarapan yang sihat! Tapi aku puasa ganti hari ni. Last day. Insya Allah.

Langit Petang

Takde modal nak tulis cerita so share gambar pemandangan jer lah ye. Tunggu modal datang dulu.