Jalan-jalan makan angin! ~ Universal Studio Singapore Part 2


Lama gila aku nak update blog nih. hahah nih semua kena penangan dengan game kat faceboook ler si city ville. ok sambung balik post jalan2 makan angin ke universal studio lepas tgk show kat waterworld tuh, kitaorg menuju ke EGYPT hehehe. Rasa mcm kat mesir plak. Kat sini ada roller coster dalam gelap dalam bangunan kat atas nih. Mengikut kata kawan2 akak aku, best. mmg seram sbb dalam gelap. katanya tgh laju2 tetiba berhenti sbb ada tembok kat depan, lepas tuh tetiba jatuh/naik atas aku xberapa pasti sbb da lupa hihi. Tapi yg pastinya mmg menakutkan n nasib baik gelap so tak nampak apa masa jatuh/naik tuh. Wahahah teringin nak naik tapi condition aku tidak mengizinkan nak naik2 menda2 yang menakutkan.


Lepas Egypt masuk ke Sci-Fi Park. Gambar kat atas nih roller coaster utk Battlestar Galatica. Masa aku dtg tgh testing roller coaster nih. belum boleh naik lagi. nampak mcm best. Ada dua tuh satu yg red line satu lagi blue line. Wahh teringin nak naik! tapi takut pening kepala la plak.


Lepas Sci-Fi park, aku terus menuju ke New York city! Tak dapat g New York yg bebetul pegi yg replika pun boleh lah ehehe takpe pasang angan2 dulu mana tau satu hari akan jadi kenyataan. tull tak? Kat sini boleh lah ambik gambar kat deretan replika kedai2 kat New York city. Terasa begitu New York gitu. hahahah

Big Yellow Taxi

ada dance show kalau kena timenya

New York street @ 
Universal Studio Singapore

Lepas New York Street, msk plak Hollywood Street. Kat sini ada show Lights, Camera, Action! by Steven Spielberg. Kat sini lah best mcmana kesan efek cita hollywood dibuat. Aku plak dpt barisan paling depan mmg tekejut bila tetiba kapal besar menuju kat arah kita. Sygnya aku tak ambik gambar plak.

Monster!

Antik!

sgt 60's kan?

Secara keseluruhan trip nih mmg best. Tapi bab barang2 souvenir mmg mahal. Bila convert duit kita, boleh buat duit makan tghari selama seminggu tuh! Paling murah aku tgk S$3.99 yg bila convert kepada RM jadi RM7 lebih. Kalau pen sebatang tuh boleh jadi RM10 boleh beli pen pilot 2 batang kat mydin!

Apa-apa pun aku akan buat 2nd trip ke Universal Studio bulan depan! bye2!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat